Tuesday 18 September 2012

Makan Sedap


Thai green curry for dinner. Sangat sedap dan aku makan tambah. Caranya agak rumit tp berbaloi utk dicuba. Untuk orang-orang yang extra rajin. hehe..

Bahan-bahan
Bahan Kisar (Pes)
3 btg serai dihiris halus
5 ulas bawang putih
3 cili hijau
10 biji cili padi hijau
10 biji bawang merah
2 inci Halia
1/2 cawan daun ketumbar segar (dicincang kasar)
1/2 cawan daun selasih segar (basil leaves)
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
3 sudu besar sos ikan
1 inci belacan (Bakar sikit)
1 sudu besar jus limau nipis
1 sudu kecil gula perang
1/2 cawan santan
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas (dihiris)

Bahan-Bahan Lain
1 ekor ayam (dipotong)
Daun limau purut
Santan kelapa
Stok ayam @ air suam

Bahan-Bahan Sayur (ikut selera sendiri)
Capsicum hijau & merah (potong dadu)
Tomato (belah 4)
Terung (potong ikut suka)
Kentang (Belah 4)

Cara-cara
Dengan api sederhana, panaskan minyak & tumis pes kari tadi sampai naik bau. 
Kemudian masukkan ayam & kacau sebati.
Kemudian masukkan santan, daun limau purut. Jika nak berkuah boleh tambah stok ayam @ air suam. Kacau sebati. Tutup periuk dan biarkan mendidih. Kacau sekali sekala.
Bila ayam hampir masak, masukkan sayur. Kacau sesekali hingga sayur masak. 
Tambah garam secukup rasa.
Lebihan pes boleh disimpan dlm fridge.


Biasalah kalau makan nasi dan lauk mesti ada sayur. Petang ni aku masak sawi jepun campur2 goreng belacan je. Mudah dan sedap. Kena dengan green kari dan nasi panas. Sedap nak pengsan!! 
Boleh tak.. hehe

Bahan

2 tangkai sawi jepun
5 biji button mushroom
1 batang carrot
Sejemput ikan bilis
2 inci belacan
3 biji cili padi (Hiris kasar)
1/2 biji bawang besar (hiris halus)
2 ulas bawang putih (cincang)
Garam secukup rasa

Cara
Potong sayur ikut suka, cuci dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi.
Masukkan belacan dan sikit air, tutup periuk sekejap.
Bila dan naik minyak, masukkan ikan bilis. Kacau.
Masukkan sayur, gaul rata dan hidang.


Malam ni aku makan bertambah... huwaaaaaaaaaa... pastu dessert pulak. Nanges!

Tetiba Rajin


Tiba-tiba petang ni rasa sangat rajin. Lagipon minggu ni belum ada dessert. Baru 1st time try resepi yang ni. Cara lebih mudah dan bahan pon mudah, sukat guna cawan. Kena betul la dengan orang takde penimbang cam aku ni. Aku buat 1/2 portion sbb baru nak cuba. Rasa boleh tahan sedapnya. Tambah-tambah makan masa dah sejukkan dlm fridge. Pengsan mak.. nyah! Sodap banget! 


Bahan
Lapisan Hijau
2 cwn tepung beras
2 sdb tepung jagung
2 cwn gula
14 cwn air pandan
Sedikit pewarna hijau

Lapisan Putih
2 1/2 cwn tepung beras
2 sdb tepung jagung
14 cwn santan (2 tin santan + air, cukupkan 14 cwn)
Garam

Cara
Campur semua bahan lapisan hijau. Kacau sebati, 
masak atas api sederhana hingga adunan nampak berkilat.
Kacau sentiasa semasa memasak utk mengelakkan adunan berketul.
Tuang dalam bekas. Tabur 1 tsp gula setiap bekas. Ketepikan.
Ulang cara masak yg sama utk lapisan putih.
Sejukkan dulu sebelum masukkan dlm fridge.





Ini hasil dari kebosanan yang melanda lepas Cik Mont titon.. Hantam sajalah labu...

Smile..


(: I always wonder if you smile at my texts like I smile at yours. :)
..Im sorry, Im here once again..

(Memory 13th. September 2009)
.Taken from Cathay Pacific flight window.
..I Love Clouds..

Menu Orang Demam

























Aku demam dari semalam. Tgk dapur bersepah, lagi demam lahai. Tak jadi buat kuih sbb sibuk kemas-kemas dulu. Buat Baked Tuna Sandwich je. Dan Nasi Goreng Daun limau purut utk lunch. Sakit hidung dan tekak tak hilang-hilang. Allergic yang masih bersisa sbb makan sambal semalam. Aduhai.. rasa macam nak nangis pun ada...


Bahan
6 keping roti putih
1 tin kecil sardine atau tuna
2 biji cili padi - hiris halus
1/2 biji bawang besar - hiris halus
1 biji telur
Sedikit lemon jus
Garam secukup rasa
Butter

Cara
Sapu roti dengan butter, ketepikan.
Tumis bawang besar dan cili padi, masukkan sardine @ tuna, gaul rata. Biar kering sikit, tutup api.
Kocak telur dalam sardine grg tadi.
Panaskan oven, ambil sekeping roti, letak sardine, ratakan.
Lapik roti dan potong ikut suka.
Bakar dlm oven, 180'c, 10 min balikkan dan bakar lg 5 minit atau smpi kekuningan.


























Bahan-bahan
2 cwn nasi putih
1 sdb cili kisar
1 sdb bawang kisar
*2 ulas bawang putih - cincang
2 helai daun limau purut - hiris halus
1 btg carrot (Potong ikut suka)
4 btg putik jagung (Potong bulat)
Daging sebesar tapak tangan (Hiris nipis dan kecil)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit sos lada hitam

Cara-cara
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi,
masukkan cili kisar dan kacau sebati hingga agak garing.
Masukkan daging dan biarkan daging empuk.
Masukkan garam dan sos lada hitam.
Masukkan semua jenis sayur dan kacau sebati tp jgn biar sayur lecur.
Masukkan nasi. Kacau lagi hingga betul-betul sebati.
Hidangkan panas dgn timun dan salad (Jika suka)
Wa makan ngan serunding je.. heheh




































Cute Little Hand



Ini la tangan orang kuat buat sepah. Tangan cute yang sangat-sangat aku suka. Comel!