Dah lama sgt aku tak update blog. Bukannya apa, malas nak mengadu kat diary bisu aku ni. Aku tau org ramai tak faham aku ni macamana. Aku sgt2 sensitif dan tak pandai berpura-pura. Aku tak pandai bermuka-muka. Aku moody bersebab. Aku diam bersebab. Aku marah dan menangis juga bersebab. Aku ambil langkah utk mendiamkan diri supaya aku tak melukakan hati sesiapa. Tp org salah anggapan tentang aku. Aku sunyi sekarang, maklumlah jauh dr keluarga dan kawan2. 3 org kawan yg aku ada kat sini pon tggl jauh dr aku.
Untuk menghilangkan sunyi, aku bergayut kat hp dgn kwn yg sgt rapat dgn aku. Nasib baik la call dia satu hari 20x pon xkene bayar. Dia saja family yg aku ada. Dia saja tempat aku mengadu susah senang hati aku. Aku jarang bercakap tentang perkara yg sedih dgn dia, selalunya kitorang akan bercerita tentang hal dulu2. Ketawa terbahak-bahak dan berkongsi ilmu yg kami tahu. Tak siapa yg akan faham. Ada org beranggapan bila bergayut je bercerita buruk2 tentang manusia lain. Aku pun buat benda mcm tu, aku bukan malaikat. Tapi itu bkn perkara lazim bg aku sekarang. Buang masa nak fikir hal org. Buang masa nak cakap benda yg menyakitkan hati.
Kesunyian aku buatkan aku rasa nak melompat-lompat, nak muntah dan bosan dgn semua benda dan semua org. Keadaan sekelililing yg tak terkawal, beban kerja yg memeningkan dan sampaikan ada masa aku rasa muak dgn makanan yg aku hadap. Astaghfirullah... Mengucap panjang aku bila perasaan mcm tu datang. Aku ajar diri aku supaya berbaik sangka. Tapi aku tak pandai berpura-pura. Aku tak boleh... Sgt2 tak boleh!
Bila waktu2 down mcm ni dtg, aku menangis. Mengadu pada biro pengaduan awam aku yg tak tahu menahu tentang apa yg berlaku sebenarnya. Biarlah, asalkan ada yg sudi menjadi pendengar setia. Dan lawaknya, semua tu akan berakhir dgn gelak tawa. Dia pandai menghiburkan. Dia pandai mengambil hati. Alangkah baiknya klu aku boleh buat mcm dia. Alangkah baiknya...
Aku tak boleh betulkan hati aku lagi. Lepas 3x perkara salah sangka itu berlaku, aku dah tak boleh utk menerima. Tk boleh utk bertolak ansur. Aku juga manusia biasa, aku juga ada silap dan salah. Tp bila persoalan yg hanya Allah saja yg tahu, dipertikaikan manusia yg tak bertimbangrasa dan tuduhan2 yg keterlaluan... Aku berhenti mengharap. Berhenti dr menganggap org akan menerima aku seadanya. Aku halang hati aku dr berlebih-lebih. Cukuplah setakat ini. Cukuplah aku meluka dan dilukakan. Sampai masanya nanti, aku akan berlalu. Cuma menanti masa yg sesuai... Dan aku berharap semuanya akan selesai dgn baik.
Ya Allah, permudahkanlah segalanya bagi hambamu ini... Amin.
Showing posts with label MerapuMeraban. Show all posts
Showing posts with label MerapuMeraban. Show all posts
Sunday, 17 March 2013
Saturday, 19 January 2013
Aduhai...
Kadangkala yang berlaku, diluar kemampuan dan kawalan aku. Tak ada siapa yang faham. Cakap atau buat lah apapun. Jari itu tetap menuding pada aku. Alhamdulillah... Ini hari aku. Ingatlah, bumi ini bulat, hidup ibarat roda. Semoga semua yang keruh akan jernih, semoga yg kusut akan terurai. Ill forgive but never forget! Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
Sunday, 23 December 2012
Im awake!
Dah lama sgt aku tak berblog. Entah kenapa aku agak malas nk menulis. Lappy aku pengsan sebentar sbb aku gatal tgn tukar-tukar registrynya. Nak kena hantar ke dokter. Ni pun tulis guna iPad. Susah sikit la. Tapi Alhamdulillah ada jgk benda ni utk bertenet.
Selama aku tak menulis, banyak perkara yg berlaku. Banyak resepi yg aku cuba dan banyak benda yg aku cakap. Sekarang ni aku tengah baca buku yg tajuknya pelik bg aku klu org dgr. 'How to raise your toddler' . Haa.. Kan pelik tu.. Aku dapat buku tu dr Eason dgn harga €4.99. Murah kan? Aku nk tahu tentang dunia anak-anak ni. Banyak ilmu yg aku dpt setakat ni. Belum khatam lg. Dolu2 takde masalah mcm ni. Anak-anak jagaan aku Alhamdulillah, tidurnya, makan minumnya, kelakuannya tak membebankan aku. Sekarang berbeza. Aku perlu ilmu yg lebih utk menangani masalah2 yg ada. Semoga aku dapat buat yg terbaik berpandukan pengalaman dan buku2 juga nasihat dr org yg lebih arif tentang dunia toddler ni.
Masa aku tulis ni, aku duk dlm duvet. Sejuk cuaca sekarang. Tp siang td matahari cerah sgt wlupon berangin. Semoga semua berjalan dgn baik. Aku rindu suasana ditengah2 family dan kawan rapat. Sabo... ;)
Selama aku tak menulis, banyak perkara yg berlaku. Banyak resepi yg aku cuba dan banyak benda yg aku cakap. Sekarang ni aku tengah baca buku yg tajuknya pelik bg aku klu org dgr. 'How to raise your toddler' . Haa.. Kan pelik tu.. Aku dapat buku tu dr Eason dgn harga €4.99. Murah kan? Aku nk tahu tentang dunia anak-anak ni. Banyak ilmu yg aku dpt setakat ni. Belum khatam lg. Dolu2 takde masalah mcm ni. Anak-anak jagaan aku Alhamdulillah, tidurnya, makan minumnya, kelakuannya tak membebankan aku. Sekarang berbeza. Aku perlu ilmu yg lebih utk menangani masalah2 yg ada. Semoga aku dapat buat yg terbaik berpandukan pengalaman dan buku2 juga nasihat dr org yg lebih arif tentang dunia toddler ni.
Masa aku tulis ni, aku duk dlm duvet. Sejuk cuaca sekarang. Tp siang td matahari cerah sgt wlupon berangin. Semoga semua berjalan dgn baik. Aku rindu suasana ditengah2 family dan kawan rapat. Sabo... ;)
Monday, 5 November 2012
Nangis, sedih, marah, geram, benci!!!
Geram betul pagi ni! Macam mana nak ajar orang supaya tak ruin mood orang lain agaknya.. Dah la call pagi2 buta, buat aku naik angin, laju betul angin aku pagi ni. Ntahlah.. sabo je la. Salah aku ke bila semua yg dirancang tak menjadi mcm yg dia nak? Silap aku ke klu orang lain perlekehkan dia? Takkan semua aku nak tanggung kot. Sepatutnya Mr R buat aku happy, bukan buat aku sedih dan marah!! Tolongggggg... Nasib baik la weather arini ok. Mood aku cepat ok sbb hari sgt2 cerah.. Alhamdulillah... Pastu yg lagi buat aku nanges... 1 liter of tears! Sangat2 sedih pilu ceritanya... uwaaa.. maka dengan rasminya aku memulakan hari isnin aku dengan airmata yg tak tertahan-tahan. Sedih siot...
Saturday, 3 November 2012
Shopping Lagi!
Jalan-jalan ke IKEA Dublin. Aku beli laundry basket dan Double duvet. Murah! Makan-makan dan semua barang dalam 35 euro. Duvet queen size 10.5 tog baru 8 euro. Puashati seh.. nyaman la aku tido pasni, xla sejuk lagi. :)
Tuesday, 30 October 2012
Sunday, 28 October 2012
Shopping - Kildare Shopping Outlet
Gambar - Google
Aku pi sini shopping2. Beli barang keperluan. Dapat la merembat handbag Ted Baker dan Boots Clarks sepasang. Last week aku beli boots kat Dunnes Store. Mak aih.. sakit kaki aku. Padahal saiz ok. Ntah kenapa sakit pulak. So aku ada 2 pasang Boots yg cantik.. puashati aku!
Monday, 1 October 2012
Sakit Kepala Sakit Hati!
Arini takde mood langsung nak ambik gamba atau buat apa pun. Apapun tak boleh! Kepala sakit! Topap lupa beli semalam, setiap kali kalau hati aku tak cantik, mak aku sms tanya khabar. Mak kan.. dia tahu dan dia rasa. Aku pening dengan semua benda dan semua orang. Banyak perkara yang aku fikir. Apa nak buat, apa nak cakap, apa keputusan. Semua tu buat aku rasa nak muntah. Terdesak sangat ke sampaikan tak boleh nak tunggu? Berat sangat ke menunggu tu? Memang pun.. aku pun kadang-kadang susah hati klu kena tunggu. Penantian satu penyiksaan kata orang. Senang je.. klu taknak seksa, takyah la tunggu. Senang kan macam tu.. Hujan pun melembabkan fikiran aku. Bengang je rasanya bila aku tak boleh nak fikir. Fikiran aku jam! Online sekejap dgn anak buah aku tp line tak berapa nak ok. So, type je la. Semalam birthday si kurus. Tak dapat nak buatkan kek utk dia thn ni. Tahun lepas aku dan ibunya buat kek Ultraman utk dia. Cik Mont pun hati tak cantik arini. Agaknya dia pon xde mood.
Aku teringat dulu-dulu, pagi-pagi klu hujan susah sikit. Lagi la klu turn aku buka pintu. Adehh.. mmg masalah besar utk aku. Jalan kaki ke skool, gelap-gelap dah keluar. Klu takde OT aku merayap, jalan-jalan dan makan-makan. Atau terus balik umah dan online. Tgk muvee atau main game. Syok jgk.. lama dah tak main game. Sesekali jadi budak-budak seronok. Aku biasa hidup berperaturan. Anak-anak murid aku sangat disiplin. Rindu dgn diorang. Walaupon nakal, aku sayang jugak. Menghiburkan. Aku rindu ucapan selamat pagi Cikgu gaya upin-ipin yg selalu diorang buat. Dulu aku selalu menjerit sbb nak lawan suara diorang yg high pitch tu. Macam tarzan wa cakap lu. Aku takde timebomb masa tu. Tetiba sekarang ada pulak. Agaknya sesekali kena jadi tarzan kot. Hehe..
Aduiii peninggggggg!! Dah 2 bln kat sini tetiba arini pening sangat pulak. Aku tension ke ek? Ntah, tak tau nak jawab. Tapi mmg aku sakit kepala ni. Banyak fikir agaknya. Selalunya aku malas nak fikir. Benda-benda yang memeningkan aku tolak tepi. Tapi makin hari makin menjadi plk dan membuatkan aku terfikir-fikir. Apa agaknya cara untuk memberi ruang pada diri sendiri supaya aku lebih tenang? Entah lah...
Hmm.. malam ni aku nak tidur awal sikit. Terjaga tengah malam, pastu takleh tido sampai 3-4 jam. Loteh pakcik! Lately ni aku rasa macam nak tendang orang je. Kalau dapat aku sepak-sepak punggung orang2 yg sakitkan hati aku tu. Tapi dosa tendang orangkan. Mak aku tak penah ajar aku buat camtu. Tapi hati sakit tau.. Takpe la.. semoga cepat masa berlalu. Hilangkan beban dalam kepala aku ni. Insya Allah, aku akan ok. Aku cuma terlalu banyak fikir. Dan terganggu dengan keadaan yang tak banyak menyokong aku. Sabo je la...
“Every time I try to see things your way, I get a headache.”
“Children give you headache, adult give you heartache”
Indeed!
Saturday, 22 September 2012
Perjuangan Belum Selesai...
Dengan semangatnya aku bangun jam 5.50am. Duk termenung dan fikir nak mandi ke tidak. At last mandi jugak 5.55am. Bersiap dan keluar rumah jam 6.15am. Sampai di Jervis jam 6.40am orang dah beratur. Nasib baik belum panjang sgt. Mama Cik Mont park kereta, aku siap2 beratur depan Jervis. Wah.. kjp2 dh ramai orang. Maklumlah.. SALE! Jam 7am pintu dibuka dan dengan semangatnya kami2 berebut plastik dan capai apa yang dapat. Sale lah katakan. 1/2 price plk tu. Aku dah plan dlm kepala nak belikan boboiboy kuasa 2 kat BB tu baju raya. Hmm.. mmg itulah yg aku capai. Memang murah!
Waktu ni baru sampai - 6.40am
Ramai jg orang. Dan waktu tu gelap gelita jugak ler..
Tengok kebau & merpati kjp sebelum ke destinasi seterusnya. Teruk betul kitorang, tak puas dgn satu!
Hasil dari NEXT Jervis. Hehe...
Next destination.. Grafton Street. Oh yeah!!
Nasib baik pergi berdua. So belakang takde passanger. Penuh dengan beg merah ni.
Lepas Grafton Street, kitorang ke Blandchardstown pulak. Tak puas hati lagi tu.. Akhirnya dah penat dan dapat apa yang nak. Kitorang pon ke McD. Baru rasa lapa. Baru teringat umah. Aku happy sangat-sangat. 1st experinence bershopping pagi-pagi buta.
Ini lah hasil dari 3 NEXT yang berlainan tempat. Aku puashati sbb dapat belikan boboiboy kuasa 2 tu 6 pasang baju raya yang cantik-cantik, beg dan cupcake stand utk diri sendiri. Alhamdulillah. Tapi perjuangan aku belum selesai.. Winter Sales ada lagi. Nanti NEXT bukak pintu kul 4am plk. Tak kira! Nak pegi jugak. Thx a bunch to mama Cik Mont yang bawak aku keluar shopping subuh-subuh sapiee td. Mmg Syiok!
Wednesday, 5 September 2012
New Huggable Buddy!
Ini Owlee. Sebut betul2 Aolli. Bukan Oli okeh. Bought him at 1/2 price. 50% promotion. How lucky I am.. hehe.. Dari jauh aku pandang mata dia yang kuyu tu aku dah terjatuh cinta. Tetiba aku pandang pricenya lagi bertambah-tambah cinta aku. Apalagikan, aku terus tangkap dan bawak balik. Aku beli dia last weekend. At 15.99 euro. Best best best! Yang tak bestnya dia buat katil aku sempit. Dia je tido setengah katil. Aku nak tido gak. Aish! Tapi aku sayang dia. Pengganti HunnyBunny yang aku tinggalkan kat Laman Suria dan HunnyLove yang Hafiy jaga untuk aku kat BB. Bertambah koleksi aku. I love fluffy frens! Hugs... ;)
Wednesday, 1 August 2012
Its So True!
Dulu-dulu masa aku sekolah mmg semua soalan kena jawab. Takut cikgu marah, so aku jawab je semua walaupun ntah betul ntah tak. Zaman makin berubah, anak-anak zaman sekarang banyak perbezaan dari zaman aku. Tapi tu la.. lagi pandai, lagi teruk perangainya. Kita tgk kan je la apa akan jadi 10 thn akan datang ni. Rasanya bebudak zaman tu xkenal buku dah kot. Tadika dah bawak Ipong pi skolah. Meluat aku!
Monday, 30 July 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)