Wednesday 29 August 2012

Masak-masak lagi!

Bake this for breakfast on wednesday. Very easy to make and taste wonderful. Moist and fluffy! Love it..

Simple Muffins 
1 cup plain flour 
1 tsp baking powder 
1/3 cup caster sugar 
2 eggs (A) 
1 tsp vanilla essence 
1/2 cup fresh cream 
Blueberry, chocolate or anything u wish as afilling 

Method 
1. Sift flour and baking powder all together and put aside.
2. In a bowl, put eggs, sugar and vanilla essence - wisk.
3. Add in cream and stir until blended.
4. Add in flour and stir again.
5. Prepare muffin cups and spoon the batter into each cup, add in filling u like.
6. Bake for 25 mins, 180'C. 
Enjoy the muffins!

Nasi Ayam Penyet


Cooked this lovely nasi for dinner on Monday. Delish nasi ever!

Bahan-bahan ( 6 orang ) 
Untuk Ayam 
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan 
(simpan air rebusan ayam untuk sup dan nasi) 
½ sudu besar Jintan Manis 
½ sudu besar Jintan Putih 
3 sudu besar Biji Ketumbar 
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam 
1 sudu besar Serbuk Kunyit 
½ sudu besar Serbuk Lada Putih 
3 ulas Bawang Putih 
1cm Halia 
Sedikit Air 
2 sudu kecil Garam 
Minyak masak untuk menggoreng. 

Untuk Sambal 
Sedikit minyak masak 
10 batang Cili merah 
10 biji Cili padi 
3 biji Bawang besar, hiris 
3 biji Bawang putih, hiris 
5 biji Tomato, potong 4 
5 cm Belacan 
4 sudu Ikan Bilis 
3 sudu gula merah 
Garam 

Untuk Nasi 
3 cawan beras basmathi, dibasuh dan ditoskan 
3 ulas bawang putih (Kisar) 
2 biji bawang besar (Kisar) 
1 inci halia (Kisar) 
1 btg kayu manis 
4 biji buah pelaga 
2 kuntum bunga lawang 
Sedikit butter 
Garam 
Kiub pati ayam 
Air rebusan ayam 

Cara-cara 

Untuk Ayam Penyet 
Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus. 
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman. 
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu, Jika suka) 
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras. 
Panaskan minyak dan goreng hingga garing. 

Sambal
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan. 
Goreng belacan seketika. Angkat dan ketepikan. 
Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan. 
Kisar semua bahan goreng. 
Masukkan semua bahan td ke dalam periuk dan panaskan. 
Masukkan gula merah dan garam secukup rasa. 

Sup
Masukkan sup bunjut dan garam secukup rasa pada air rebusan ayam. 
Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan. 

Nasi
Masak nasi bersama bahan kisar. Simpul sehelai daun pandan. 
Dalam periuk lain, panaskan butter. Masukkan kayu manis, pelaga, bunga lawang dan cengkih. Tumis hingga naik bau. Masukkan dalam nasi, gaul rata. Tambahkan garam dan kiub ayam. Gaul lagi dan biarkan hingga masak seperti nasi biasa. 
*Boleh goreng tauhu dan tempe jika suka sebagai penambah hidangan.