Friday 31 August 2012

55th Malaysia Independence Day


Baked this to celebrate the big event of my country. Even though Im miles away from there but I wanna across the miles and enjoy the celebration in a very special way. My way of course! ;)


And this one for breakfast. Roti sardine goreng yang super yummy! Bangun pagi td aku tak boleh buka mata. Mengantuk gila babeng! Aku nak share resepi kat sini, utk org2 malas mcm aku. Ni je aku mampu nak masak pepagi.. heheh..

Roti Sardine Goreng

Inti
1 tin kecil sardine
1/2 biji bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih (cincang)
5 biji cili padi (gunting halus)
1/2 btg Carrot (potong kecil)
Garam dan pepper

Tumis bahan sampai naik bau pastu masukkan sardine. Goreng kejap, tambah garam dan pepper secukup rasa.

Kulit
8 keping roti sandwich
1 sudu nasi tepung gandum
1 sudu nasi tepung beras
Garam dan serbuk kunyit

Ambil sekeping roti, masukkan inti sardine goreng, lipat dua. Celup dalam tepung dan goreng sampai garing mcm buat goreng pisang tuuuuu.. Sedap tau ni!



Wednesday 29 August 2012

Masak-masak lagi!

Bake this for breakfast on wednesday. Very easy to make and taste wonderful. Moist and fluffy! Love it..

Simple Muffins 
1 cup plain flour 
1 tsp baking powder 
1/3 cup caster sugar 
2 eggs (A) 
1 tsp vanilla essence 
1/2 cup fresh cream 
Blueberry, chocolate or anything u wish as afilling 

Method 
1. Sift flour and baking powder all together and put aside.
2. In a bowl, put eggs, sugar and vanilla essence - wisk.
3. Add in cream and stir until blended.
4. Add in flour and stir again.
5. Prepare muffin cups and spoon the batter into each cup, add in filling u like.
6. Bake for 25 mins, 180'C. 
Enjoy the muffins!

Nasi Ayam Penyet


Cooked this lovely nasi for dinner on Monday. Delish nasi ever!

Bahan-bahan ( 6 orang ) 
Untuk Ayam 
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan 
(simpan air rebusan ayam untuk sup dan nasi) 
½ sudu besar Jintan Manis 
½ sudu besar Jintan Putih 
3 sudu besar Biji Ketumbar 
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam 
1 sudu besar Serbuk Kunyit 
½ sudu besar Serbuk Lada Putih 
3 ulas Bawang Putih 
1cm Halia 
Sedikit Air 
2 sudu kecil Garam 
Minyak masak untuk menggoreng. 

Untuk Sambal 
Sedikit minyak masak 
10 batang Cili merah 
10 biji Cili padi 
3 biji Bawang besar, hiris 
3 biji Bawang putih, hiris 
5 biji Tomato, potong 4 
5 cm Belacan 
4 sudu Ikan Bilis 
3 sudu gula merah 
Garam 

Untuk Nasi 
3 cawan beras basmathi, dibasuh dan ditoskan 
3 ulas bawang putih (Kisar) 
2 biji bawang besar (Kisar) 
1 inci halia (Kisar) 
1 btg kayu manis 
4 biji buah pelaga 
2 kuntum bunga lawang 
Sedikit butter 
Garam 
Kiub pati ayam 
Air rebusan ayam 

Cara-cara 

Untuk Ayam Penyet 
Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus. 
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman. 
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu, Jika suka) 
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras. 
Panaskan minyak dan goreng hingga garing. 

Sambal
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan. 
Goreng belacan seketika. Angkat dan ketepikan. 
Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan. 
Kisar semua bahan goreng. 
Masukkan semua bahan td ke dalam periuk dan panaskan. 
Masukkan gula merah dan garam secukup rasa. 

Sup
Masukkan sup bunjut dan garam secukup rasa pada air rebusan ayam. 
Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan. 

Nasi
Masak nasi bersama bahan kisar. Simpul sehelai daun pandan. 
Dalam periuk lain, panaskan butter. Masukkan kayu manis, pelaga, bunga lawang dan cengkih. Tumis hingga naik bau. Masukkan dalam nasi, gaul rata. Tambahkan garam dan kiub ayam. Gaul lagi dan biarkan hingga masak seperti nasi biasa. 
*Boleh goreng tauhu dan tempe jika suka sebagai penambah hidangan. 

Monday 6 August 2012

ByeBye Malaysia - Hello Dublin


Ke airport jam 4pm dr Laman Suria. Aku frust sebab tak dapat berbuka dgn family aku. Aku masuk dlm kul 7pm. Berbuka sorang diri kat Burger King. Sedih jgk la. Sambil makan aku call sesape yg patut, said byebye to them. Sedih siot! Tempat duduk aku dlm flight kat tepi laluan bkn tepi tingkap mcm dulu. Best Virgin Australia sangat selesa dan lapang. Entah bape kali aku minta mineral water, ntah bape kali pulak aku pegi weewee. Toilet dia pon lapang. Aku sempat tgk Hunger Games sbb tak blh tido. Best! 


Tiba di Abu Dhabi, aku macam biasa la. Menonong je jalan, then tanya kaunter pertanyaan mana gate aku. Pastu ke toilet, toilet padah jauhnya. dah la pakai kasut. Nyesal aku xbawak slipa 5 hengget aku tu. Aku sempat shopping souvineir. Mahal gak la.. cuma beli fridge magnet je. Perjalanan ke Dublin naik Etihad pulak. Sempit skt la. Makanan pon kureng skt dr VA. Aku try tgk movie tp takde yang menarik hati. Atlast aku lena gak kjp. Sampai di Dublin airport dlm jam 7am. Begitubegini aku klua dekat kul 8 lebih. Lega dah sampai. Alhamdulillah... 

Sunday 5 August 2012

Kecoh



Arini aku kelam kabut dengan luggage dan bagai2. Beg kat Alam Suria. Baju dan aku kat Bukit Beruntung. Aduhai.. janji nak berbuka puasa dengan mak dan family aku kat Laman Suria tapi kami kesesatan. Takde rezeki, redho je la. Ingatkan dapat la aku nak berbuka puasa last ngan family sebelom aku berangkat. Malam tu Cik Chot, Iman, Zaim dan Mak aku datang ke Bukit Beruntung utk ambik aku. Yeay.. lega rasanya hati aku yang gundah gulana ni. Sedih... saat2 akhir aku nak berangkat ada je halangannya. Doa aku semoga dipermudahkan segalanya... Ameen. Otw ke Laman Suria, aku pekena Mc D! Syok! Kat Dublin Mc D tak halal deeee... Sampai je, aku terus memunggah baju dan masukkan dalam luggage. Esok nak terbang arini baru kemas baju, pandai tak aku? Thx a million to my sis and bro. Banyak tolong aku. Dan hadiah dr Cik Chot yg chantek! thk youuuuuuuuuuu!!! Kuih tart gulung mak dan kaklong aku belikan. Pulun!!! hahha.. puashati aku...



Aku terpaksa tinggalkan dia ni kat Laman Suria. Biar dia berkawan dengan Si Putih tu selama aku kat Dublin nanti. Aku percaya Si Cik Chot blh jaga dia dengan baik... huwaaaaaa...

Wednesday 1 August 2012

Its So True!


Dulu-dulu masa aku sekolah mmg semua soalan kena jawab. Takut cikgu marah, so aku jawab je semua walaupun ntah betul ntah tak. Zaman makin berubah, anak-anak zaman sekarang banyak perbezaan dari zaman aku. Tapi tu la.. lagi pandai, lagi teruk perangainya. Kita tgk kan je la apa akan jadi 10 thn akan datang ni. Rasanya bebudak zaman tu xkenal buku dah kot. Tadika dah bawak Ipong pi skolah. Meluat aku!