Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Tuesday, 18 September 2012

Tetiba Rajin


Tiba-tiba petang ni rasa sangat rajin. Lagipon minggu ni belum ada dessert. Baru 1st time try resepi yang ni. Cara lebih mudah dan bahan pon mudah, sukat guna cawan. Kena betul la dengan orang takde penimbang cam aku ni. Aku buat 1/2 portion sbb baru nak cuba. Rasa boleh tahan sedapnya. Tambah-tambah makan masa dah sejukkan dlm fridge. Pengsan mak.. nyah! Sodap banget! 


Bahan
Lapisan Hijau
2 cwn tepung beras
2 sdb tepung jagung
2 cwn gula
14 cwn air pandan
Sedikit pewarna hijau

Lapisan Putih
2 1/2 cwn tepung beras
2 sdb tepung jagung
14 cwn santan (2 tin santan + air, cukupkan 14 cwn)
Garam

Cara
Campur semua bahan lapisan hijau. Kacau sebati, 
masak atas api sederhana hingga adunan nampak berkilat.
Kacau sentiasa semasa memasak utk mengelakkan adunan berketul.
Tuang dalam bekas. Tabur 1 tsp gula setiap bekas. Ketepikan.
Ulang cara masak yg sama utk lapisan putih.
Sejukkan dulu sebelum masukkan dlm fridge.





Ini hasil dari kebosanan yang melanda lepas Cik Mont titon.. Hantam sajalah labu...

Thursday, 13 September 2012

Apa Menu?




 Bangun pagi ni aku terawal dari biasa. Niat hati nak buat Choux Paste Shell tapi tak sempat siap. Ntah kenapa aku pon tak tau. So, sebagai orang yang tak bertauliah dalam masak memasak ni, aku end up bekfes Special K je.. hehe. Sedap apa.. kenyang gak. Dan sihat gitu! Mak malas nyah... Lunch aku makan soto semalam je.

 Petang ni aku terajin skt. Aku masak nasi tomato dgn Tikka Masala & jelatah biasa-biasa je. Nasinya sedap sgt sbb guna tomato buah fresh yg aku petik kat Lidl. Hehe.. aku tak tanam tomato. Beli je kat Lidl tu. Resepi tikka masala tu aku tak share sbb aku guna yg instant. Cari je kat kedai2 india mesti ada jual. Cuma aku tambah bendi, cili kisar dan cilantro yg aku gunting halus2.

Bahan
4 cup beras basmathi - cuci dan toskan
200g isi ayam - potong kecil
Air secukupnya
2 sdb minyak sapi
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
3 biji tomato
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai

Bahan Tumis
3 kuntum bunga cenkih
3 biji pelaga
1 btg kulit kayu manis
1 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara
Air dan ayam direbus hingga ayam empuk,toskan ayamnya dan ketepikan.
Masak nasi dlm rice cooker bersama bahan kisar dan air rebusan ayam. 
Panaskan minyak sapi dan tumis rempah 4 sekawan.
Masukkan dlm nasi yg sedang mendidih.
Tambah garam, isi ayam dan daun pandan.
Bila nasi siap masak boleh tabur gajus, bawang goreng dan daun sup klu suka.




Dessert ni kes nak perabih krim dan apple yang tak bergerak-gerak selain dari Cik Mont jadikan apple tu bola. Asal bagi apple je dia sebut ball then baling sana sini. Bertuah punya budak! Entah dah berapa biji aku humban kat dalam Incik Tongsam. Lagipon aritu aku ada buat chocolate custard. So ni la hasilnya. 
Sangat simple.

Bahan Custard
1 sdb tepung gandum
1 sdb tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml fresh milk
1 biji telur (A)
1 sdb butter

Cara
Masukkan semua bahan dlm periuk. Kacau rata dan masak atas api perlahan.
Kacau sentiasa hingga pekat.
Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau. Boleh tambah perasa ikut suka. 

Bahan Cream
150ml fresh cream @ Double cream
2 sdb gula castor (Krgkan klu xsuka manis)
Apple potong kecil

Cara
Putar cream sampai kembang dan masukkan gula.
Ambil cawan yg disukai.
Masukkan custard, tabur sikit apple dan layer dgn cream.
Buat sampai habis dan hias dengan apple.


Ni pokok parsley. Beli kat Lidl 1.45 euro. Murahkan? Sok aku nak beli basil, oregano & coriander pulak. cantik letak kat tingkap. Ijo je.. segar mata memandang. :)

Saturday, 21 July 2012

Iftaar - Day 1



Bahan-bahan

Bahan A
2 cawan sagu
4 cawan air

Bahan B
1 tin evaporated milk

Bahan C
1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
1 cawan air
1 helai daun pandan

Cara-cara
Cara-cara Adunan A
Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.

Cara-cara Adunan C
 Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.

Cara menghidang
Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
Selamat makan!


Menu hari pertama berpuasa. Semua disediakan oleh adik ipar aku sbb aku tetido. Tah camana boleh tido kemain lama tak tau la. Apapun toche to my SIL. Menu yg sedap terutamanya Mango Sago tu. Sedap sgt!