Tuesday 18 September 2012

Tetiba Rajin


Tiba-tiba petang ni rasa sangat rajin. Lagipon minggu ni belum ada dessert. Baru 1st time try resepi yang ni. Cara lebih mudah dan bahan pon mudah, sukat guna cawan. Kena betul la dengan orang takde penimbang cam aku ni. Aku buat 1/2 portion sbb baru nak cuba. Rasa boleh tahan sedapnya. Tambah-tambah makan masa dah sejukkan dlm fridge. Pengsan mak.. nyah! Sodap banget! 


Bahan
Lapisan Hijau
2 cwn tepung beras
2 sdb tepung jagung
2 cwn gula
14 cwn air pandan
Sedikit pewarna hijau

Lapisan Putih
2 1/2 cwn tepung beras
2 sdb tepung jagung
14 cwn santan (2 tin santan + air, cukupkan 14 cwn)
Garam

Cara
Campur semua bahan lapisan hijau. Kacau sebati, 
masak atas api sederhana hingga adunan nampak berkilat.
Kacau sentiasa semasa memasak utk mengelakkan adunan berketul.
Tuang dalam bekas. Tabur 1 tsp gula setiap bekas. Ketepikan.
Ulang cara masak yg sama utk lapisan putih.
Sejukkan dulu sebelum masukkan dlm fridge.





Ini hasil dari kebosanan yang melanda lepas Cik Mont titon.. Hantam sajalah labu...

No comments:

Post a Comment