Monday 17 September 2012

Takde Idea Nak Masak


 Dinner orang takde idea ni. Sedap macam biasa. Sup tulang tak boleh letak bahan banyak-banyak, nanti tak sedap. Aku letak celery je. Tak payah berkentang, bertomato bagai. Ringkas tapi menarik selera, tu dah cukup. Makan dengan nasi panas dan sambal gesek. Tapi sebab tak sempat nak menggesek, takdelah sambalnya. Yang ada cuma sambal udang mama Cik Mont masak. Ringkas tapi sedap!



Bahan-bahan
1 kilo tulang lembu
2 biji bawang besar (cincang kasar)
4 ulas bawang putih (di ketuk)
2 inci halia (di ketuk)
5 biji cili api (tumbuk kasar)
1 sdb serbuk kurma
1 btg kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
2 batang celery
Jus limau nipis
Garam dan pepper secukup rasa

Cara-cara
Rebus tulang sampai dagingnya lembut dgn api kecil.
Masukkan semua bahan kecuali jus limau dan biar mendidih.
Masukkan jus limau nipis bila nak menghidang.


Inilah sambalnya. Aku tak makan udangnya tapi sambal dan petai aku makan. Dan menyebabkan sampai la ni aku tak tido pasal gatal! Huwaaaaaa... allergic aku sampai dah...

Bahan-bahan
1/2 kilo udang- bersihkan
3 papan petai - ambil biji, cuci dan goreng sikit.

Bahan Kisar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
20 biji cili kering

Bahan Lain
Garam dan gula secukup rasa
Air asam jawa
Minyak untuk menumis

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan petai.
Masukkan garam, air asam jawa dan gula secukup rasa.
Masukkan udang dan kacau 5 minit. 
Hidangkan. 

Muffin Tak Berapa Nak Jadi!



Alarm berbunyi menyakitkan telinga aku tiba-tiba! Entah kenapa aku nak marah je pagi ni. Dah la sejuk pastu alarm aku berbunyi pulak. Eh.. bukan ke aku yang pasang semalam. Aishh! angin salah bertiup pagi ni. Tapi kejap je, lepas tu aku ok. Malas nak bengang-bengang. Sabo je la kan... Kalau nak ikutkan hati ni, mesti gaduh besar aku ngan dia. Malas nak fikir. 
Pagi ni masih sejuk macam semalam. Aku decide nak buat muffin. Tapi fresh cream takde, so aku guna resepi lain. Guna yang pakai fresh milk. Ok la jugak tapi aku tak puashati sebab muffin tu macam ejek aku pulak. Terjelir-jelir lidahnya! Muffin jahat! Benci!


Muffins

 1 cup castor sugar
1 egg
2 cups flour
2 tsp baking powder
1 cup fresh milk
1/4 cup melted butter
2 tsp vanilla

Method
Beat in all the ingredients, mixing thoroughly.
Spoon into muffin cups.
Bake at 180°C for 25 minutes or until a toothpick inserted in the middle comes out clean.



Nampak tak?? Dia macam ejek-ejek & ketawa pulak. Menyampah betul!



Keperluan


Dah Isnin! Kejap je rasanya. Tak rasa macam cuti pon. Sekarang sejuk, kulit aku kering, rambut gugur. Dah la sikit rambut aku, lagi gugur. Aku igt Ireland je autumn, rupa-rupanya kepala aku pon autumn gak. Haish! Susah hati sebenarnya, tapi sabo je la.. Kulit aku pon sama ada masalah, kering sgt2. Lotion yang aku beli BOGOF kat Boots dah nak abes. Taknak pulak Incik Boots buat buy one get 4 free.. hehe.. buat aaa.. aku borong lapan! Kat Malaysia aku xsuka lotion. Melekit tak hengat klu pakai. Geli! Dan kat Malaysia aku xsuka chocolate! Tapi kat sini aku makan chocolate mcm makan roti & Icecream. Sedih aaa..