Sunday 23 December 2012

Im awake!

Dah lama sgt aku tak berblog. Entah kenapa aku agak malas nk menulis. Lappy aku pengsan sebentar sbb aku gatal tgn tukar-tukar registrynya. Nak kena hantar ke dokter. Ni pun tulis guna iPad. Susah sikit la. Tapi Alhamdulillah ada jgk benda ni utk bertenet.

Selama aku tak menulis, banyak perkara yg berlaku. Banyak resepi yg aku cuba dan banyak benda yg aku cakap. Sekarang ni aku tengah baca buku yg tajuknya pelik bg aku klu org dgr. 'How to raise your toddler' . Haa.. Kan pelik tu.. Aku dapat buku tu dr Eason dgn harga €4.99. Murah kan? Aku nk tahu tentang dunia anak-anak ni. Banyak ilmu yg aku dpt setakat ni. Belum khatam lg. Dolu2 takde masalah mcm ni. Anak-anak jagaan aku Alhamdulillah, tidurnya, makan minumnya, kelakuannya tak membebankan aku. Sekarang berbeza. Aku perlu ilmu yg lebih utk menangani masalah2 yg ada. Semoga aku dapat buat yg terbaik berpandukan pengalaman dan buku2 juga nasihat dr org yg lebih arif tentang dunia toddler ni.

Masa aku tulis ni, aku duk dlm duvet. Sejuk cuaca sekarang. Tp siang td matahari cerah sgt wlupon berangin. Semoga semua berjalan dgn baik. Aku rindu suasana ditengah2 family dan kawan rapat. Sabo... ;)


Monday 5 November 2012

Nangis, sedih, marah, geram, benci!!!


Geram betul pagi ni! Macam mana nak ajar orang supaya tak ruin mood orang lain agaknya.. Dah la call pagi2 buta, buat aku naik angin, laju betul angin aku pagi ni. Ntahlah.. sabo je la. Salah aku ke bila semua yg dirancang tak menjadi mcm yg dia nak? Silap aku ke klu orang lain perlekehkan dia? Takkan semua aku nak tanggung kot. Sepatutnya Mr R buat aku happy, bukan buat aku sedih dan marah!! Tolongggggg... Nasib baik la weather arini ok. Mood aku cepat ok sbb hari sgt2 cerah.. Alhamdulillah... Pastu yg lagi buat aku nanges... 1 liter of tears! Sangat2 sedih pilu ceritanya... uwaaa.. maka dengan rasminya aku memulakan hari isnin aku dengan airmata yg tak tertahan-tahan. Sedih siot...

Sunday 4 November 2012

Hibernation In Progress


Arini hujan, sejuk dan redup. Aku online dgn family dr pagi dan sambung ke tengahari dan petang. Selesaikan masalah apa yg ada dan borak2 dgn diorang. Time sejuk macam ni nak duk dlm duvet je keje. Bkn boleh tido pon tapi nak bergulung je atas katil.

Saturday 3 November 2012

Shopping Lagi!


Jalan-jalan ke IKEA Dublin. Aku beli laundry basket dan Double duvet. Murah! Makan-makan dan semua barang dalam 35 euro. Duvet queen size 10.5 tog baru 8 euro. Puashati seh.. nyaman la aku tido pasni, xla sejuk lagi. :)

Thursday 1 November 2012

Teringin Nasi Lemak


Arini teringin nak makan nasi lemak lagi. Kebetulan ada santan tin. So akupon masak la serba ringkas. Timun takde, aku ganti dengan kobis sweet sour. Ayam masak daun kayu semalam ada lagi. Sedap tak hengat! hehe..

Tuesday 30 October 2012

Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa


Orang potong sayur, aku potong jari.. huwaaaa... kesyian aku. Rugi siot darah aku...

Sunday 28 October 2012

Autumn In My Heart




























Shopping - Kildare Shopping Outlet


Gambar - Google

Aku pi sini shopping2. Beli barang keperluan. Dapat la merembat handbag Ted Baker dan Boots Clarks sepasang. Last week aku beli boots kat Dunnes Store. Mak aih.. sakit kaki aku. Padahal saiz ok. Ntah kenapa sakit pulak. So aku ada 2 pasang Boots yg cantik.. puashati aku!

Saturday 20 October 2012

Homemade Biryani Masala


Dah lama kitorang plan nak try rempah biryani yang mama CikMont beli kat India masa dia outstation last month. At last tercapai jugak. Resepi yg kwn dia bagi senang dan sedap. Nasi masak dlm presure cooker, 15min siap. Mudah dan sedap. Boleh buat lagi nnt. Cuma kena tambah bahan mcm cara melayu masak, lebih sedap!



























Ni goreng keledek. Keledek oren yg manis ubinya. Goreng utk breakfast.

Friday 19 October 2012

Updating My Blog.. Lazy!


Thai Chicken Rice

Chicken 
1 very fresh chicken with skin (preferably free range) 
1 tbsp lemon juice 
1 tbsp sweet soy sauce 
2 inch fresh ginger 
4 cloves garlic
2 shallots, chopped in a few pieces 
1 tsp sesame oil 
1 tbsp light soy sauce 

3 tsb oyster sauce½ tsp salt 
1/2 cup rice flour


Chicken Stock 
Chicken bones, such as whole chicken carcass, or a kilo of chicken wings or legs 
3 pieces of ginger 
3 cloves garlic, shallots 

Chicken Rice 
3 cups long grain rice 
2 tbsp chicken fat (this tastes great, but cooking oil can be used instead) 
3cm ginger, grated 
4 cloves garlic, chopped very finely or grated 
5 kaffir lime leaves - thin sliced
1-2 tsp salt (to taste) 
Cardamom, star anise, cloves and cinnamon3 ½ cups chicken stock according to rice instructions (or more, reserved from boiled chicken) 
2 pandan leaves

Chilli Sauce 
10 fresh red chillies, seeded
2 cloves garlic 
5cm fresh ginger 
2 tsp chicken stock (from the boiled chicken) 
Juice from kaffir limes to taste 
Salt to taste 

Soy Sauce for dipping 
1 inch ginger 
6 garlic cloves 
½ tsp salt 
2 tsp lime juice 
2 tbsp chicken stock (from the boiled chicken) 

Chicken Soup 
Chicken stock (from the boiled chicken) 
Chopped shallots
2 cloves garlic
1 inch ginger
Cardamom, star anise, cloves and cinnamon




Thursday 4 October 2012

Semangat Membara :)


Pagi ni aku bangun awal dengan bersemangatnya nak buat Eggless Chocolate Cake ni. Resepi dah simpan lama tapi takde kesempatan nak try. So, harini baru ada masa. Kek ni walaupun tak letak telur tp still cantik kejadiannya. Moist dan sedap! Aku buat 1/2 portion sebab baru 1st try dan yg nak makannya tak ramai. Aku kukus, resepi asalnya bakar. Kukus lg lembut dan lembab. Tp lama sgt menunggu masak. Hasilnya berbaloi. Bila dah sejuk pun still moist. Aku curah coklat cair+hazelnut atas kek. Sgt sesuai! 


Eggless Moist Chocolate Cake

A
3 cups flour
1/2 cup cocoa powder
2 cups castor sugar
2 tsp baking powder

B
1 cup water
1 cup fresh milk
2 cups melted butter
1 tsp vanilla

Methods
 Mix A and B ingredients in the different bowl.
Add A to B and mix well use wooden spoon.
Line baking tin with parchment paper and pour the batter. 
Steam for 60 min or until a toothpick inserted comes out clean.
Decorate the cake as u desire. 


Ini pulak inang-inang yg aku buat dr leftover pulut kuning. Oleh sebab sini kurang matahari, aku bako je dia guna oven. Pastu goreng. Jadi juga tp kurang kembang. Patut lagi kembang dr ni. So sape ada leftober pulut tu boleh la try buat. Sedap makan masa tgk2 tv ke...



Tuesday 2 October 2012

Little Cake, Little Celebration, For a Little Lady


Yeayyyyy!! Sempat jgk aku bake untuk Cik Mont. Happy 2nd birthday Cik Mont! Buat kek marble chocolate frosting cream cheese je. Mudah. Resepi cake dapat dr sorang kawan di FB. Sedap resepi ni. Dan sbb Cik Mont suka sgt dgn pink sampaikan semua warna dia kata pink, so pink la keknya. Alhamdulillah dia suka. :)


Ni dah letak tiang.. pinjam papa Cik Mont punya tiang bday. Dan aku masak Ayam Panggang Cili Padi dgn Masak Lemak Labu kuning. Lama tak makan lauk labu. Sedap!


Ayam Panggang Cili Padi

Bahan
4 chicken leg - potong 3 bahagian, cuci, toskan-lumur garam kunyit
15 biji cili padi*
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
Sedikit jus lemon*
Butter*
Garam secukup rasa

Cara
Kisar bahan bertanda *
Lumur pada ayam, perap 30 minit.
Panaskan oven 180'c
Sapu butter pada tin pembakar, panaskan tin 10 minit
Atur ayam dan bakar hingga 1/2 masak
Balikkan dan bakar hingga masak.



Masak Lemak Labu Kuning

Bahan
1 biji butternut squash @ labu kuning biasa
2 biji kentang sederhana
1 biji bawang besar
Sedikit ikan bilis
1 helai daun kunyit - siat
1/2 tin santan
Air
Garam secukup rasa

Cara
Potong labu dan kentang ikut suka, jgn besar sangat
Bawang besar dihiris halus
Masukkan air dlm periuk, masukkan labu dan kentang
Tambah garam, ikan bilis dan daun kunyit
Biar sampai labu dan kentang empuk
Akhir sekali masukkan santan dan masak hingga mendidih

Muvee and a gud laugh


Harini kepala sudah ok. Tak pening tp mood belum ok. Ini gambar breakfast arini dan semalam. Takde resepi sbb benda senang dan segera. Pulut kuning aku rendam dengan kunyit dr malam td. Masak dlm microwave je 20min. Kacau tiap 5 min. Serunding ready made. Semalam breakfast roti bakar,scrambled egg & baked beans. Cik Mont suka! Oh.. arini bday Cik Mont yg ke 2. Cranky dr semalam. Aku layan tgk muvee dgn dia. Comedy, mmg lawak dan aku gelak besar. Bila aku gelak dia pun gelak jgk mcm faham. Dia taknak mandi. Tukar nappy pastu duk kat living room dr pagi. At least kurang gak rasa bosan aku bila tgk muvee lawak. Aku malas nak cakap2. Lagi suka diamkan diri. Dan mcm biasa aku cuma oooooo je klu org ckp apa2. Not in the mood to berbalas pantun. Hopefully mood aku ok cepat. Aku cakap ngan Cik Mont je. Rasa macam nk baking utk dia. Hmmm.....