Monday 24 September 2012

Hujan


Seharian hujan turun. Aku dan Cik Mont duk berpeluk hampir setiap masa. Dia pon tak mahu duduk sendiri mcm selalu. Nak berdukung dan ikut kemana aku pegi. Kesian kitorang kesejukkan. Cuaca macam ni buat letih lesu walaupon tak ada banyak kerja. Pagi nak bangun pun susah. Aku cuma sempat buat Kuih Ketayap  a.k.a Kuih Gulung utk breakfast. Nasib baik aku siapkan inti awal-awal masa nak buat Koci aritu. Buat sikit je sbb aku tak berapa minat inti kelapa. Gulung pun tak cantik sbb nak cepat. Inilah hasilnya... Alhamdulillah rezeki pagi isnin...

Bahan

Lempeng
2 cwn tepung
2 helai daun pandan
2 sdb minyak panas
Garam
Air secukupnya

Inti
2 cwn kelapa kering (takde kelapa inti)
4 sudu brown sugar
1 cawan gula pasir (Krgkan klu xsuka manis)
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan air
Secubit garam

Cara

Lempeng
Masukkan semua bahan dlm blender.
Kisar hingga sebati.
Tapis adunan dan masak macam lempeng biasa.

Inti 
Didihkan airmasukkan gula, kacau hingga gula hancur.
Masukkan kelapa, daun pandan dan garam.
Masak hingga inti agak kering. Angkat dan sejukkan.

Kuih
Ambil 1 lempeng, letak inti 2 sdt, gulung setengah,
lipat kiri kanan dan gulung hingga habis. Makan.