Sunday 22 September 2013

Wiken Yg Mengharukan..

Minggu ni aku enjoy sgt. Wiken aku dipenuhi dgn aktiviti yg best. Tp tu la.. Klu klua aku mesti mkn. Itu yg haru. Aku tgk 2 muvi. Two Guns dan Prisoner. Best ceritanya. Yg xbest ialah.. Mkn... Aku teringin roti sosej. Aku beli. Mkn sambil tgk muvi. Lepak di starbuck. Minum green Tea Latte. Uhukkkk... Sampai mlm td kul 4 lbh aku kepanasan dan xblh tido. Tu la mkn lg mcm2!

Wednesday 11 September 2013

Another happy day...

Alhamdulillah aku masih bernafas pagi ni. Sejak dua menjak ni aku selalu tido lambat. Hampir setiap mlm. Pastu pagi nk bgn punyalah susah. Mata tutup je masuk toilet. Semalam aku buat red velvet cupcake utk customer. Tp dgn cinnamon buttercream. Aku rasa sikit je sbb takut nk mkn. Kebetulan 1/2 portion dpt 13 biji.  Sebiji utk crumb tabur atas cupcake tu. overall katenye sodap. Tp bg aku cream cheese lg mabeles.

Harini dah 10 ari. Aku dah xbreakfast boiled egg. Cuma minum jus beet root + apple, air panas kosong dan anlene sekotak. Nak tggu lecithin dan alfalfa aku sampai. Hopefully buleh la bakar lemak cepat sikit. Aku masak semua ngam je. Xnk lebih. Yg penting healthy.

Wiken ni mak aku nk dtg KL. Aku xdapat nk join sbb bz skt. Aku pon xnk join sbb diorang nk mkn busat! Uwaaaa... Nnt punah diet aku. Xpe la mak. Sok ujung bulan I blk kampung In Sha Allah. Adik aku yg dikajang dah plan nk bawak mak aku mkn satay. Satay boleh mkn tp nnt aku pi mkn ngan kuah n nasi impit. Tak boleh.. Tak boleh.. Big NO!

Aku dh start balik homemade aku. Itu duit poket. Mesti buat. Angan2 nk bukak cafe cupcake n ciskek aas nama sweetbites. Nk buat packaging cantik2. Ade reben2 tp xnk serabut. Ish... Semoga dipermudahkan. Aminnnnn....

Okeh, time tu start my real day... Tatatititutu..

Monday 9 September 2013

Day 8

Ohhh... Dh hari ke 8. Alhamdulillah. Tak teringin lg nk mkn nasi setakat ni. Lempeng yg mmg fav aku tu pon aku belum teringin. Tp aku teringin nk mkn mknn manis. RV, cream puff dan kuih2 loyang mcm serimuka dan bingka. Kuih koci pon. Nangissssss~~~~  bertahan la wahai diri. Inikan utk diri sendiri. Aku dah berhenti ngunyah kuih raya! Yeayyyy... Sbb dah abis. Ngeeee...

Arini aku breakfast 2 biji telur rebus + jus pegaga apple + milo kosong + air panas kosong. Kembung kejap td. Pastu jalan sana sini sbb nk kluakan peluh. Nnt ptg blh buat 1 mile walk at home lagi. Leg toning n reflexology pon buat gak. Sebbaik ade Osim Uphoria. Hehe..

Tetiba aku teringat nk buat low fat cake. Atau vegan cake. Cari resepi terjumpa easy oats cake. Mcm nk try. Tp ado topong kau! Camno ni... Takpe lah. Aku nk try cari kek yg low carb. Tingin ni tingin!!

Hopefully jumpa resepi yg sesuai dan sedap. Buleh aku mkn kek. Ok sok aku membebel lg ya...
Nk pi tanya pakcik gugel ade ak resepi low carb kek.. Tata!

Friday 6 September 2013

Day 5

Dah 5 hari yeayyy!! No nasi day hingga bila2 kot. Cuma aku akan makan wholemeal bread 2-3 kpg sehari dgn main menu aku. Rasa dah macam kambing dah aku ni. Makan sayur punya la banyak. Aku dah pon berhenti mengunyah kuih raya yg mak aku bungkus2 tuk aku aritu. Lagipon dah tggl sikit je. Aku dapat telur beso kemain. RM 12 sepapan. Tiap 2 mggu akan sampai umah aku. Syok oiii telo beso! Ahakss..

Aku pon dah start buat simple 'walk a mile at home' exersice. Arini aku rasa bersalah kat diri aku sbb pg td aku mkn blueberry velvet cupcake seketul. So aku try utk buat 2 mile. Tp seriously aku tak larat. Sakit betis den! Takpelah.. Slowly. Nnt lelama mesti boleh. Alhamdulillah sejak balik dr Dublin aku betul2 tahan dri dr makan nasi lemak dan roti canai/ telur etc. Ade la sekali dua aku bedal. Tu pon sbb tak tahan sgt. Hehe... Dugaaannnnn...

Aku tau usaha aku akan membuahkan hasil. Klu tak banyak, sikit pon xpe lah. Cuba dan cuba!

CHAIYOK! GAMBATTE!
Ngeeeeeeee...

Tuesday 3 September 2013

Boo!

Entah berapa lama aku tak hapdet blog aku ni. Dah berabuk. Baru aku nak kemas2 sikit. Hmm... Aku nk igtkan diri aku tentang betapa happynya aku sejak balik ke malaysia. Aku berangkat pada 9hb May 2013 dan sampai ke KLIA pd hari jumaat 10hb. Mak aku tak tahu menahu yg aku nak balik. Aku ke BB jumpa kwn2 aku lepas ambik kek tempahan utk bday Hafiy. Dalam kul 8 lbh aku dan adik aku blk ke melaka. Macam biasa mak aku menggigil sbb terkejut. Alhamdulillah mak aku tak pengsan. Lps semggu di kampung. Aku blk ke BB semula. Sempat aku join hari ibu dan guru di tempat kerja lama. 

Lepas tu aku berangkat ke Subang. Dan hingga hari ni aku di sini. Happy! Sangat2 happy. Dalam masa 3 bln ni aku kerap blk kampung. Raya sgt meriah, makan2 yg sgt sedap membuatkan aku takut dgn penimbang. Huwaaaa berat aku naik lg...

Lepas aku muhasabah diri, aku macam terbangun dr mimpi yg ngeri. Aku mesti lakukan sesuatu untuk diri aku. Dan dgn rasminya aku mulakan perjalanan diet aku. Kat FB org salah faham. Aku cerita lain, org fikir lain. Ades... Tapi takpe. Biar apepon yg diorang nk fikir. Biarlah...

Aku mula mencatat segala aktiviti mengunyah aku. Alhamdulillah masuk hari kedua aku mmg mcm bermusuh dgn nasi. Aku mkn telur, sayur dan ayam. Yg bagusnya aku mmg suka telur pon. So aku target attack phase aku selama 30 hari bermula 2hb sept 2013 - 1hb Okt 2013.

Aku berharap dgn usaha, doa dan tawakal serta support dr org2 kesayangan aku, perjalanan aku akan sampai le destinasi dgn jayanya. Semoga Allah mempermudahkan perjalananku.. Amin Ya Rabbal Alamin...