Tuesday 3 September 2013

Boo!

Entah berapa lama aku tak hapdet blog aku ni. Dah berabuk. Baru aku nak kemas2 sikit. Hmm... Aku nk igtkan diri aku tentang betapa happynya aku sejak balik ke malaysia. Aku berangkat pada 9hb May 2013 dan sampai ke KLIA pd hari jumaat 10hb. Mak aku tak tahu menahu yg aku nak balik. Aku ke BB jumpa kwn2 aku lepas ambik kek tempahan utk bday Hafiy. Dalam kul 8 lbh aku dan adik aku blk ke melaka. Macam biasa mak aku menggigil sbb terkejut. Alhamdulillah mak aku tak pengsan. Lps semggu di kampung. Aku blk ke BB semula. Sempat aku join hari ibu dan guru di tempat kerja lama. 

Lepas tu aku berangkat ke Subang. Dan hingga hari ni aku di sini. Happy! Sangat2 happy. Dalam masa 3 bln ni aku kerap blk kampung. Raya sgt meriah, makan2 yg sgt sedap membuatkan aku takut dgn penimbang. Huwaaaa berat aku naik lg...

Lepas aku muhasabah diri, aku macam terbangun dr mimpi yg ngeri. Aku mesti lakukan sesuatu untuk diri aku. Dan dgn rasminya aku mulakan perjalanan diet aku. Kat FB org salah faham. Aku cerita lain, org fikir lain. Ades... Tapi takpe. Biar apepon yg diorang nk fikir. Biarlah...

Aku mula mencatat segala aktiviti mengunyah aku. Alhamdulillah masuk hari kedua aku mmg mcm bermusuh dgn nasi. Aku mkn telur, sayur dan ayam. Yg bagusnya aku mmg suka telur pon. So aku target attack phase aku selama 30 hari bermula 2hb sept 2013 - 1hb Okt 2013.

Aku berharap dgn usaha, doa dan tawakal serta support dr org2 kesayangan aku, perjalanan aku akan sampai le destinasi dgn jayanya. Semoga Allah mempermudahkan perjalananku.. Amin Ya Rabbal Alamin... 

No comments:

Post a Comment