Friday 21 September 2012

Mee Pedas Berapi!


Ni Spagetti. Tapi aku dah sunatkan dia jadi melayu. Heheh.. podeh kemain. Tp sebab lapo, aku makan 2 pggn dgn 2 mug air oren. Tapi entah kenapa dlm pedas2 tu pon.. Ya Ampun sodap eh! hahahha.. perasan. Tp ok la jgk utk express dinner. Patutnya nak buat mee ayam, tp terjadi mee pedas. Abis gak la 1/2 periuk. Alhamdulillah syukur dgn rezeki yang ada malam ni. Bahan je la ya.. cara masak sama je mcm goreng mee biasa. Ngeeeeeeee...

Bahan

1 bungkus spagetti (rebus dgn garam dan toskan, gaul dgn olive oil)
1 mangkuk isi ayam
3 batang celery
1 btg carrot
1 mangkuk kobis
Garam, kicap manis dan gula secukup rasa
(Boleh letak rencah apa2 ikut selera)

Bahan Kisar
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
1 btg serai
3 helai daun limau purut
Segenggam udang kering
1 sdb kerisik

PotPetPotPet


Salam pagi Jumaat penghulu segala hari. Pagi yang masih sejuk dan hujan malam td buat aku menggigil pulak. Alarm berbunyi jam 6 pagi. Cadangnya pagi ni aku nak bukak Pizza Hut. Tapi kepala aku sakit sangat sampaikan tak boleh nak bangun. At last, cekodok segera Adabi la utk breakfast. 10 min siap! Semalam, Cik Mont demam. Kesian dia.. seharian nak duduk atas riba dan nak dipeluk. Masa dia tidur, aku masak cepat2. Petang pon tak aktif sgt. Dia lagi suka duduk bersandar dekat aku sambil tgk TV. Malam, aku bagi calpol dan dia tidur jam 9! Tidur pon merengek skt, tak selesa agaknya. Aku bacakan doa tidur, Ayat Qursi 3x, Ayat 1000 dinar 3x, Selawat Syifa' 21x dan aku tiup dr ubun2 ke kakinya. Doa aku, semoga dia tidur nyenyak, cukup rehatnya dan sembuh demamnya. Alhamdulillah, pagi ni nampak dia ok dr semalam. Makin hari, makin melekat hati aku kat dia. Klu marah.. tgk je muka dia yang bulat dan comel tu. Terbang entah kemana perasaan marah tu tak tau la. Suka sbb dia bulat. Heheh.. Pipi bulat, perut bulat, muka bulat, mata bulat. Geram! 


 Masa tgh suap Cik Mont Breakfast, dapat sms dr Mamanya, Next, sales esok start jam 7 pagi. Wooo.. bestbestbest! Tetiba rasa syok pulak. Bukan syok sbb nk membeli tp syok sbb 1st time nak tgk sales pagi-pagi buta. Best tu. So, pagi Jumaat aku bermula dgn ceria.. cewahh.. Rasanya, belum ada sehari pun sejak aku menjejakkan kaki ke rumah ni yang tak ceria. Klu ada pon sebab org-org yg jauh dr aku buat onar! Rindu family mmg hari-hari, tu dah jadi perkara lazim. Tapi diorang online selalu sekarang ni. Aku blh tgk family aku dan chat dgn diorang hari-hari! Tak macam dulu 4 thn dengar suara je. Mana tahan oiiii.. Thx a million to my sis and bro sbb menjayakan chat dan webcam session utk aku dan family especilly omak den. Tp tu la, Cik Chot missing in action. Susah nak tgk dia online. Bz kot.. takpe la, yang penting dia ok.
 

Dalam banyak-banyak benda yang mengganggu aku, paling aku tak suka bila Incik R buat perangai! Incik R, jgn duk skodeng blog I ya.. ampun maaf dipinta dr hujung rambut sampai hujung kaki. Tak lama lagi raya haji, tak baik marah-marah. Kadang-kadang terasa macam pelik pon ada. Nak meroyan je manjang. PMS ke?? hehe.. Dan bila badigol sood yang dengki kat aku tu buat cerita ceriti macam-macam. Apa ya yg dia tak suka kat aku agaknya. Dan hot fm bergerak yang selalu dok msg aku kat FB pasal badigol tu ckp mcm-mcm. 2-2 pon sama sengalnya. Tp sebagai manusia biasa, tak banyak sikit pun mesti aku terasa hati. Tapi aku malas nak menyimpan benda tak pekdah tu buat tukun dlm hati perut aku. Buang karan, kat Ireland ni karan mahal tau tak? So, macam biasa.. forgive and forget! Dan aku pangkah dia macam orang minyak pangkah muka mangsanya.. wahahahahahaha (Gelak org jahat). Kurang la sorang dua musibat yg merosakkan perasaan aku dlm list. Aku ajar hati aku supaya tak membenci orang. Dan aku cuba untuk tak membenci tapi.. AKU BENCI KAU TAU TAK??!!! Suka aku la nak buat apa, fb aku, gamba aku, ayat aku, suka laaaaaaaa!! Ehem.. sabo Cik Leen.. Oh.. ya aku mesti sabar, bukan ke sabar itu sebahagian dari Iman. Hmm.. btw, Iman tu nama adik bongsu aku yg bolat tu.. ngeee.. So, bila aku sabar, aku igt Iman, secara tak langsung aku igt adik aku.

Begitulah kejadiannya secara sinopsis. Kesimpulannya aku ni happy je. Orang kat sinun je duk fikir aku gundah gulana kat sini. Seriously, Im happy. Walaupun beribu batu jauh dr family dan kawan2, aku tak sunyi. Sebab aku ada family kat sini juga. Dan penghibur hati yang sgt cheeky. Family aku tau aku happy. Mak aku tau aku happy. Sebab tu mak aku lepaskan aku dengan senyum 47 hari yg lalu. So, jgn la buat cerita yg tidak-tidak tentang aku. Because you don't live my life!