Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Friday, 19 October 2012

Updating My Blog.. Lazy!


Thai Chicken Rice

Chicken 
1 very fresh chicken with skin (preferably free range) 
1 tbsp lemon juice 
1 tbsp sweet soy sauce 
2 inch fresh ginger 
4 cloves garlic
2 shallots, chopped in a few pieces 
1 tsp sesame oil 
1 tbsp light soy sauce 

3 tsb oyster sauce½ tsp salt 
1/2 cup rice flour


Chicken Stock 
Chicken bones, such as whole chicken carcass, or a kilo of chicken wings or legs 
3 pieces of ginger 
3 cloves garlic, shallots 

Chicken Rice 
3 cups long grain rice 
2 tbsp chicken fat (this tastes great, but cooking oil can be used instead) 
3cm ginger, grated 
4 cloves garlic, chopped very finely or grated 
5 kaffir lime leaves - thin sliced
1-2 tsp salt (to taste) 
Cardamom, star anise, cloves and cinnamon3 ½ cups chicken stock according to rice instructions (or more, reserved from boiled chicken) 
2 pandan leaves

Chilli Sauce 
10 fresh red chillies, seeded
2 cloves garlic 
5cm fresh ginger 
2 tsp chicken stock (from the boiled chicken) 
Juice from kaffir limes to taste 
Salt to taste 

Soy Sauce for dipping 
1 inch ginger 
6 garlic cloves 
½ tsp salt 
2 tsp lime juice 
2 tbsp chicken stock (from the boiled chicken) 

Chicken Soup 
Chicken stock (from the boiled chicken) 
Chopped shallots
2 cloves garlic
1 inch ginger
Cardamom, star anise, cloves and cinnamon




Friday, 28 September 2012

Marah, Sedih, Bengang


Peanut Butter Chocolate Chips Muffins

Ingredients


2 cups all-purpose flour
1/3 cup granulated sugar
2 tsp baking powder
1/2 tsp salt
3 Tbs butter, melted
1/2 cup peanut butter
1 cup whole milk
1 large egg, beaten
3/4 cup chocolate chips

Preheat oven to 180°c. Combine the flour, baking powder, and salt in a large mixing bowl. In a separate medium sized bowl, whisk together the butter, sugar, peanut butter, eggs, and milk. Pour the wet ingredients into the dry and stir just until combined, fold in the chocolate chips.
Coat a nonstick muffin pan with cooking spray (or line with muffin liners). Fill each muffin cup about 3/4 full with batter. Bake 15-20 minutes or until light golden brown. Cool on a wire rack. Best served same day.



Sedihnya bila dapat berita Wira si kucing macho umah BB dah mati. Aku tak tau kenapa aku rasa dia diracun orang. Berdosanya menuduh wlupon aku tak mention nama sesiapa. Tapi still aku fikir macam tu. Aku teringat dia 2-3 hari sebelum dapat berita tu. Sedih betul aku. Skirt labuh aku yg dia koyakkan tu still aku pakai walaupun ada 3 lubang. Aku buat kenangan. Wira tu baik, baik sgt-sgt. Jarang keluar umah. Dia jaga umah dan semua orang. Berita kematian si Wira buat aku moody. Aku senyum-senyum kambing tp hati aku sedih!


Cara Berlauk Bakar (Guna Muffin Tin)

Bahan-bahan

Adunan Kuih
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
Garam

Utk Inti
400g Minced beef
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 btg serai*
1 sdb serbuk kari daging
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Hias
Daun bawang yg dipotong halus
Hirisan cili merah

Cara-cara

Adunan Kuih
Campurkan semua bahan, kisar dlm blender sehingga sebati.
Jangan terlalu cair.

Utk Inti 
Kisar bahan bertanda * hingga halus.
Panaskan minyak masukan bahan kisar, tumis hingga naik bau.
Masukkan daging dan kacau. Masukkan garam dan gula.
Masak hingga agak kering.

Kuih
Panaskan oven. Sapu minyak dalam acuan, panaskan acuan 5 minit. 
Masukkan adunan kuih cara dan letak inti. 
Tabur bahan hias.
Bakar dalam oven. 180'C, 25 minit atau hingga masak, ikut oven masing-masing.



Badak Berendam

Bahan-bahan

Bahan doh
180g tepung pulut
20g tepung gandum
160ml air
Sedikit pewarna merah dan hijau
1/2 sk garam

Bahan Inti
100g gula merah
100ml air
120g kelapa kering
1 helai daun pandan
1/2 sk garam

Bahan kuah
400ml santan tin
Sedikit Garam

Cara-cara

Inti
Masak gula merah dan air hingga larut, masuk garam, kelapa kering dan daun pandan. 
Kacau hingga agak kering. Sejukkan.

Doh
Gaul tepung pulut, garam dan air secukunya hingga doh jadi lembut. 
Bahagikan doh 2 bahagian, letak pewarna.
Masukkan inti dan bentukkan bebola sebesar guli.
Celur dalam air panas hingga timbul.

Kuah
Masak santan dgn sedikit garam hingga mendidih. 
Jangan masak kuah terlalu lama, nnt santan pecah minyak.
Atur bebola dalam bekas, tuang kuahnya.





Daging Serai Thai

Bahan-bahan
1 kg daging
2 batang serai (Hiris halus)
1 kuntum bunga kantan (Hiris halus)
*15 biji cili padi
*2 ulas bawang merah
1 paket paste tomyam
60ml air
2 sdb madu
3 sdb mayonis
3 helai daun limau purut
Minyak untuk menumis dan menggoreng

Cara-cara
Potong daging nipis. Kisar bahan bertanda * hingga halus.
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk, serai, bunga kantan dan paste tomyam hingga naik bau.
Masukkan air (Masukkan lebih klu nk berkuah) dan madu, kacau hingga sebati. 
Masukkan ayam dan daun limau purut yg dihiris halus.
Tutup api dan masukkan mayonis. Gaul lagi hingga betul-betul sebati dan hidangkan.

Monday, 24 September 2012

Hujan


Seharian hujan turun. Aku dan Cik Mont duk berpeluk hampir setiap masa. Dia pon tak mahu duduk sendiri mcm selalu. Nak berdukung dan ikut kemana aku pegi. Kesian kitorang kesejukkan. Cuaca macam ni buat letih lesu walaupon tak ada banyak kerja. Pagi nak bangun pun susah. Aku cuma sempat buat Kuih Ketayap  a.k.a Kuih Gulung utk breakfast. Nasib baik aku siapkan inti awal-awal masa nak buat Koci aritu. Buat sikit je sbb aku tak berapa minat inti kelapa. Gulung pun tak cantik sbb nak cepat. Inilah hasilnya... Alhamdulillah rezeki pagi isnin...

Bahan

Lempeng
2 cwn tepung
2 helai daun pandan
2 sdb minyak panas
Garam
Air secukupnya

Inti
2 cwn kelapa kering (takde kelapa inti)
4 sudu brown sugar
1 cawan gula pasir (Krgkan klu xsuka manis)
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan air
Secubit garam

Cara

Lempeng
Masukkan semua bahan dlm blender.
Kisar hingga sebati.
Tapis adunan dan masak macam lempeng biasa.

Inti 
Didihkan airmasukkan gula, kacau hingga gula hancur.
Masukkan kelapa, daun pandan dan garam.
Masak hingga inti agak kering. Angkat dan sejukkan.

Kuih
Ambil 1 lempeng, letak inti 2 sdt, gulung setengah,
lipat kiri kanan dan gulung hingga habis. Makan.

Thursday, 20 September 2012

Koci & Bunga


Koci ni disebut-sebut sejak bulan puasa lagi, tapi cuma dapat buat arini sebab bahan-bahan dah cukup. Intinya aku buat petang semalam sambil masak gulai daun kayu. Daun pisang dah beli seminggu yang lepas, so daun tu dah kuning2 sikit. Sexy macam JLO koci ni sbb baju tak cukup kain. Hehe... Daun tak berapa nak cukup. Tu yang nampak smexy giles! Nasib baik ada 2-3 yang tutup aurat. Jadilah.. untuk lepaskan rasa mengidam. ;)


Saja snap pics dekat dgn bunga-bunga sbb suka sgt dgn kalernya. Bunga Mama Cik Mont tanam. Aku tolong siram je. Pagi ni pulak lembab sebab hujan. Cantik nampak titis-titis air kat bunga tu.  


Bahan-bahan

Doh
2 cwn tepung pulut
2 cwn air
(klu ada tepung pulut hitam,boleh tambah 1/2 cwn dan tambah air sikit lg)

Inti
2 cwn kelapa kering (takde kelapa inti)
4 sudu brown sugar
1 cawan gula pasir (Krgkan klu xsuka manis)
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan air
Secubit garam

Bahan Lain
Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
Minyak masak secukupnya

Cara-cara

Inti 
Didihkan air, masukkan gula, kacau hingga gula hancur.
Masukkan kelapa, daun pandan dan garam.
Masak hingga inti agak kering. Angkat dan sejukkan.

Doh
 Masukkan tepung dalam mangkuk. Tuang air sikit-sikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk.

Kuih
 Ambil daun pisang, sapu minyak pada permukaan daun. 
Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.
 Tutup inti dgn doh.
 Kemudian lipat seperti biasa.
 Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. 
Jangan tindih kuih banyak2. 



Jadi jugak la koci sexy aku ni.. Ada rasa walaupon takde rupa. Biasa dia tak tutup aurat tu!! Babab baru tau!! Huh!

Tuesday, 18 September 2012

Tetiba Rajin


Tiba-tiba petang ni rasa sangat rajin. Lagipon minggu ni belum ada dessert. Baru 1st time try resepi yang ni. Cara lebih mudah dan bahan pon mudah, sukat guna cawan. Kena betul la dengan orang takde penimbang cam aku ni. Aku buat 1/2 portion sbb baru nak cuba. Rasa boleh tahan sedapnya. Tambah-tambah makan masa dah sejukkan dlm fridge. Pengsan mak.. nyah! Sodap banget! 


Bahan
Lapisan Hijau
2 cwn tepung beras
2 sdb tepung jagung
2 cwn gula
14 cwn air pandan
Sedikit pewarna hijau

Lapisan Putih
2 1/2 cwn tepung beras
2 sdb tepung jagung
14 cwn santan (2 tin santan + air, cukupkan 14 cwn)
Garam

Cara
Campur semua bahan lapisan hijau. Kacau sebati, 
masak atas api sederhana hingga adunan nampak berkilat.
Kacau sentiasa semasa memasak utk mengelakkan adunan berketul.
Tuang dalam bekas. Tabur 1 tsp gula setiap bekas. Ketepikan.
Ulang cara masak yg sama utk lapisan putih.
Sejukkan dulu sebelum masukkan dlm fridge.





Ini hasil dari kebosanan yang melanda lepas Cik Mont titon.. Hantam sajalah labu...

Saturday, 15 September 2012

Pulut Serunding For Breakfast


Salam pagi sabtu yang ceria! Pagi ni buat pulut serunding untuk breakfast. Kerja mudah. Aku masak pulut dalam microwave je. Cepat masak dan takyah tggu rendam berjam-jam. Jimat masa. Pulut aku cuci bersih, masukkan santan, garam dan sikit air. Masak 25min dan kacau setiap 5min. Siap!


Serunding aku buat awal dan simpan dlm fridge. So, bila-bila nak guna boleh la. Senang tak keje aku? hehe..
Aku tak ade sukatan utk bahan-bahan serunding ni. Ikut la nak buat banyak atau sikit. Aku main campak-campak je.

Bahan
Kelapa kering
Udang kering*
Ikan bilis*
Bawang besar*
Bawang putih*
Halia*
Cili kisar*
Serai*
(Kisar bahan bertanda * bersama-sama)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak

Cara
Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai garing. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Gaul sebati. Masukkan kelapa kering dan masak sampai agak kering dan berderai. Siap!


Kat Ireland ni daun pisang mahal sikit, so jimat-jimat la kan. Ambik aluminium foil dan gunting sebesar yg diperlukan. Gunting daun pisang agak2 dapat alas pulut je. 


Haaa.. camni la aku buat. Agak-agak la nak buat besar mana. Aku buat kecik-kecik je. Kurus-kurus. Baru comel cam America's next top model gitu! Bila dah siap bungkus semua, bakar dlm oven 20min 180'C.


Ohh.. lupa! My Little Helper, Cik Mont pon ada sekali pagi ni. Biasa la dia, semua dia nak tolong. Layan je la kan... heart her! :)

Ni la hasil kerja pagi ni.. Sedap macam biasa la. Chefnya kan aku.. hahaha.. Lawan dgn teh tarik tak cukup buih sbb buih dia hilang masa aku dok mengejas gambo. Terasa macam kat Malaysia pulak. Rindu! Oh.. lupa. Aku ada buat Mayo egg toast jugak. Saja buat 2 breakfast berbeza. Enjoy the pics!






Friday, 14 September 2012

Cold Breezy Morning


Bahan Shell
250ml air
110g butter
170g tepung gandum
1/2 sdt garam
3 biji telur
1 sdt vanilla

Cara
Didihkan air masukkan butter kacau butter cair. Masukkan garam, kemudian masukkan tepung dan gaul cepat-cepat hingga adunan tak melekat di periuk. Alihkan dari api.
Pukul telur dengan esen vanilla.
Letak periuk adunan tepung atas api sederhana dan masukkan telur, gaul rata dgn cepat.
Alas dulang pembakar dgn baking paper dan sudu atau pipekan adunan atas dulang.
Bakar 180'c selama 25 min atau hingga kekuningan.

Bahan Chocolate Custard
1 sdb tepung
1 sdb tepung jagung
4 sdb gula
200ml susu segar
1 biji telur (A size)
100g coklat masakan
1 sdb serbuk koko
1 sdb mentega

Cara-cara
Masukkan semua bahan kecuali mentega. Gaul rata.
Masak atas api perlahan hingga pekat dan berkilat.
Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau rata.

Sunday, 9 September 2012

Saturday's Kitchen


Bangun pagi-pagi teringat bingka telur resepi dr kawan lama. Masa tu aku aktif join group masak memasak, so dapat berkongsi ilmu tentang dunia masakan dgn kawan2 bloger. Bingka ni sedap, tp tak boleh buat selalu sebab lemak tak hengat! Sesekali untuk hilangkan teringin ok la.. :)

Bahan-bahan
3 biji telur
1 cwn air daun pandan + sikit pewarna hijau
1 tin santan
1.5 cwn tepung gandum
1 cwn gula
1/2 sdk garam
2 sdb butter - cairkan

Cara-cara
Blend semua bahan hingga tepung tak berketul.
Isi 1 sdb minyak dalam loyang pembakar, panaskan dlm oven hingga betul2 panas.
Bla loyang sudah panas, masukkan bancuhan kuih. Jgn buat tebal sgt.
Masak sehingga berkerak sikit.

Monday, 23 July 2012

Iftaar - Day 3


3rd day puasa. Aku kepenatan naik pitam sbb arini ke KKB. Cadangnya nak buat passport tp tak boleh sbb report passport ilang dulu tu aku buat di Putrajaya. So, terpaksa la aku tangguhkan lagi. Adoiiyaiii.. penat je. Tp atleast aku dah tau apa nak buat esok. Tapikan dalam penat2 tu, anak buah request pau kacang merah, aku taknak hampakan selera org baru belajar puasa tu. So aku buat la jugak. 15 biji pau kacang merah dan 8 biji pau kosong utk cicah2 dgn ape2. Bukan main lagi dia makan. Aku pon dah lama tak makan pau ni. Sedap la macam biasa sbb aku yg buat gagagagagagaagag. Arini takde teh wangi sbb Akid kate wangi satu badan bila minum. Ceh! banyak songeh ko ya.. jadi minum la teh o tp teh lipton yellow lable tuuuu.. Dan aku bancuh sunquick se jag. Nyumnyum.. suka aku. bertabung-tabung aku minum. 


Tadi cerita kuih, ni cerita nasik lak. Masak nasi ayam sarawak ngan adik ipo aku. Dapdap tp takde acar timun. tak sompek den nak buek pasal dah pitam2 td. Bila dah makan,naik atas solat. Kawan lama call sbb nak anto sample biskut. Aku janji esok je sbb dah malam,kesian plk dia nak blk ke seremban. Begitula ceritanya hari aku yg kureng produktif ni... Wassalam
Ni resepi utk siapa yg nak try ;)

BAHAN NASI 
500 gram beras (basuh dan toskan) 
1 inci halia (mayang halus) 
2 ulas bawang putih (mayang halus) 
2 ulas bawang merah (mayang halus) 
2 cawan santan pekat 
Garam secukup rasa 
Air rebusan ayam secukupnya utk masak nasi 
3 sudu besar marjerin 
2 helai daun pandan (simpulkan) 

BAHAN ACAR 
1 biji timun (buang empulur & potong nipis tanpa membuang kulitnya) 
1 batang lobak merah ( potong lidi) 
2 ulas bawang merah (mayang) 
2 ulas bawang putih (mayang) 
1/2 inci halia (mayang) 
gula 
lemon juice 
Garam secukup rasa 
Masak nasi mcm nasi ayam biasa, masa hidang letak ikan masin @ Telur asin,
 lauk ayam pilihan, acar dan sos cili. 

Sunday, 22 July 2012

Iftaar - Day 2


Alhamdulillah, perjuangan hari kedua sampai ke garisan penamat dengan jayanya. Arini, adik aku bukan main rajin memasak. Bukan senang nk tgk IncikBotak turun padang dlm hal2 org dapo ni. Dia ter 'excited' utk buat burger bakar. Burgernya dibuat 2 lapisan ayam dan daging. Dengan cheddar cheese, mayo dan sos. Aduhai.. takyah dah klua duit beli burger bakar. Next time nak try buat daging burger rasa satay pulak. Sure terangkat!! ;))


Aku buat karipap arini sebab teringin dah lama. Tp mcm biasa la bila angin malas berkunjung datang. Sedap la jugak sbb aku yg buat kan kan kan.. hahah. . Ada lagi kat dapo.. jap lg aku nak pi ngap. ;)

Bahan-bahan ( 60 biji acuan sedang )

BAHAN UTK DOH
1 kilo tepung gandum
2 sdb butter
1 1/2 cwn minyak
Air secukupnya

BAHAN UNTUK INTI
1 kilo kentang
2 sdb serbuk kari daging
1 cwn daging cincang
*4 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
2 sdb cili kisar
3 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa
Minyak (utk menumis dan menggoreng)
Air secukupnya

Cara-cara

DOH
Panaskan minyak hingga betul-betul panas, masukkan butter. Biarkan butter cair dan kacau sebati.
Buat lubang ditengah tepung dan tuang campuran minyak dgn butter panas td.
Kacau dgn senduk kayu hingga jd seperti serbuk roti dan masukkan air secukupnya hingga boleh diuli dan tak lekat ditangan.

INTI
Kentang dibuang kulit, potong dadu dan cuci bersih. Tumbuk bahan yg bertanda * hingga lumat.
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan serbuk kari, gaul rata.
Masukkan daging dan kentang, kacau lagi hingga rata. Kemudian masukkan air hingga paras kentang.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Bila kuah menggelegak, masukkan daun limau purut dan masak hingga kering.
Bila inti dah masak, sejukkan dahulu sebelum buat karipapnya.

Saturday, 21 July 2012

Iftaar - Day 1



Bahan-bahan

Bahan A
2 cawan sagu
4 cawan air

Bahan B
1 tin evaporated milk

Bahan C
1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
1 cawan air
1 helai daun pandan

Cara-cara
Cara-cara Adunan A
Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.

Cara-cara Adunan C
 Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.

Cara menghidang
Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
Selamat makan!


Menu hari pertama berpuasa. Semua disediakan oleh adik ipar aku sbb aku tetido. Tah camana boleh tido kemain lama tak tau la. Apapun toche to my SIL. Menu yg sedap terutamanya Mango Sago tu. Sedap sgt!