Sunday 17 March 2013

Aku

Dah lama sgt aku tak update blog. Bukannya apa, malas nak mengadu kat diary bisu aku ni. Aku tau org ramai tak faham aku ni macamana. Aku sgt2 sensitif dan tak pandai berpura-pura. Aku tak pandai bermuka-muka. Aku moody bersebab. Aku diam bersebab. Aku marah dan menangis juga bersebab. Aku ambil langkah utk mendiamkan diri  supaya aku tak melukakan hati sesiapa. Tp org salah anggapan tentang aku. Aku sunyi sekarang, maklumlah jauh dr keluarga dan kawan2. 3 org kawan yg aku ada kat sini pon tggl jauh dr aku.

Untuk menghilangkan sunyi, aku bergayut kat hp dgn kwn yg sgt rapat dgn aku. Nasib baik la call dia  satu hari 20x pon xkene bayar. Dia saja family yg aku ada. Dia saja tempat aku mengadu susah senang hati aku. Aku jarang bercakap tentang perkara yg sedih dgn dia, selalunya kitorang akan bercerita tentang hal dulu2. Ketawa terbahak-bahak dan berkongsi ilmu yg kami tahu. Tak siapa yg akan faham. Ada org beranggapan bila bergayut je bercerita buruk2 tentang manusia lain. Aku pun buat benda mcm tu, aku bukan malaikat. Tapi itu bkn perkara lazim bg aku sekarang. Buang masa nak fikir hal org. Buang masa nak cakap benda yg menyakitkan hati.

Kesunyian aku buatkan aku rasa nak melompat-lompat, nak muntah dan bosan dgn semua benda dan semua org. Keadaan sekelililing yg tak terkawal, beban kerja yg memeningkan dan sampaikan ada masa aku rasa muak dgn makanan yg aku hadap. Astaghfirullah... Mengucap panjang aku bila perasaan mcm tu datang. Aku ajar diri aku supaya berbaik sangka. Tapi aku tak pandai berpura-pura. Aku tak boleh... Sgt2 tak boleh!

Bila waktu2 down mcm ni dtg, aku menangis. Mengadu pada biro pengaduan awam aku yg tak tahu menahu tentang apa yg berlaku sebenarnya. Biarlah, asalkan ada yg sudi menjadi pendengar setia. Dan lawaknya, semua tu akan berakhir dgn gelak tawa. Dia pandai menghiburkan. Dia pandai mengambil hati. Alangkah baiknya klu aku boleh buat mcm dia. Alangkah baiknya...

Aku tak boleh betulkan hati aku lagi. Lepas 3x perkara salah sangka itu berlaku, aku dah tak boleh utk menerima. Tk boleh utk bertolak ansur. Aku juga manusia biasa, aku juga ada silap dan salah. Tp bila persoalan yg hanya Allah saja yg tahu, dipertikaikan manusia yg tak bertimbangrasa dan tuduhan2 yg keterlaluan... Aku berhenti mengharap. Berhenti dr menganggap org akan menerima aku seadanya. Aku halang hati aku dr berlebih-lebih. Cukuplah setakat ini. Cukuplah aku meluka dan dilukakan. Sampai masanya nanti, aku akan berlalu. Cuma menanti masa yg sesuai... Dan aku berharap semuanya akan selesai dgn baik.

Ya Allah, permudahkanlah segalanya bagi hambamu ini... Amin.