Wednesday 5 September 2012

Sejuk!

Pagi sejuk, pagi ini sangat sejuk. Hahaha.. aku still ingat buku yang tajuknya Pagi Sejuk. Ayatnya berulang-ulang sama je lebih kurang. 22 thn dulu, aku bacakan buku tu untuk adik bongsu aku yang gebus tu. Masa tu dia 4 tahun klu aku tak silap. Selalunya mak akan bawak kitorang ke perpustakaan awam tempat dia keje. Pinjam buku dan baca kat sana. Sangat best. Sekarang adik dan kakak aku tak buat pon macam tu kat anak-anak diorang. Almaklum la.. Org bz. Tapi itulah kenyataannya. Zaman kanak-kanak aku 5 beradik susah, sedih sbb abah meninggal masa aku 11 thn, tapi mak tak pernah abaikan masa libur kitorang. Pergi library, jual nangka cucuk kat lidi, jual kuih, lumba basikal, main kat tali air tepi sawah, ikut mak aku ke sawah ambik upah cabut benih, tu tak kira lagi adik lelaki aku yang main laga ayam, mandi ujan bawah cucur atap umah sementara tunggu mak goreng jemput2 ikan bilis dan buat kopi o. Alhamdulillah, kitorang kebal jugak la sbb xpulak demam lepas mandi ujan. Tak macam budak2 sekarang, ujan sikit selsema, sejuk sikit demam batuk. Ubat kat umah berkoyan-koyan mcm farmasi dah rupanya. Mungkin bagi budak2 sekarang benda macam tu tak seronok dan memenatkan. Tapi bagi aku 5 beradik cara kami enjoy zaman kanak-kanak sangat2 best. Kenangan tuuu...
Berbalik ke pagi yang sejuk arini. Cakap kat luar umah pon mulut klua asap. Power la kunun.. hahha.. tapi pagi td mmg sejuk. Ni matahari dah klua. Ada rasa sikit panas. Aku masak Garlic butter toast cicah ngan leeks and potato soup je utk breakfast. Mudah dan cepat, lagi sedap dan sihat. :P 


Bahan

Toast
6 keping roti sandwich
2 sdb butter
2 ulas bawang putih

Sagat bawang putih, guna sagat halus. Tenyeh kat butter. Sapukan ke roti dan bakar dlm oven 180'C, 10 minit atau sampai atas roti nampak kuning dan garing.

Soup
250g kentang - dipotong dadu
2 biji bawang kuning - dadu
2 btg leek- hiris sederhana nipis
25g butter
1 kiub ayam
1 sdt dried mixed herb
300ml susu segar
1 cwn air panas
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam
Dried parsley @ Oregano

Cara-cara
Cuci kentang masukkan dlm periuk bersama butter dan bawang masak dgn api yg kecil sampai empuk.
Tutup periuk.
Sekali sekala goncang-goncangkan periuk tanpa buka penutupnya. Untuk elakkan kentang melekat.
Biarkan dalam 10 min. Selepas tu masukkan susu kacau sebati. Campur air panas dgn kiub ayam dan tuang dlm sup. Kisar soup kentang sampai halus. Senang guna hand mixer, blend je dlm periuk.
Masukkan leeks, kacau sebati.
Masukkan juga mixed herb, garam dan serbuk lada hitam.
Besarkan api kacau hingga mendidih dan sayur empuk.
Tabur dried parsley @ Oregano semasa menghidang (Optional).



No comments:

Post a Comment