Dah lama sgt aku tak berblog. Entah kenapa aku agak malas nk menulis. Lappy aku pengsan sebentar sbb aku gatal tgn tukar-tukar registrynya. Nak kena hantar ke dokter. Ni pun tulis guna iPad. Susah sikit la. Tapi Alhamdulillah ada jgk benda ni utk bertenet.
Selama aku tak menulis, banyak perkara yg berlaku. Banyak resepi yg aku cuba dan banyak benda yg aku cakap. Sekarang ni aku tengah baca buku yg tajuknya pelik bg aku klu org dgr. 'How to raise your toddler' . Haa.. Kan pelik tu.. Aku dapat buku tu dr Eason dgn harga €4.99. Murah kan? Aku nk tahu tentang dunia anak-anak ni. Banyak ilmu yg aku dpt setakat ni. Belum khatam lg. Dolu2 takde masalah mcm ni. Anak-anak jagaan aku Alhamdulillah, tidurnya, makan minumnya, kelakuannya tak membebankan aku. Sekarang berbeza. Aku perlu ilmu yg lebih utk menangani masalah2 yg ada. Semoga aku dapat buat yg terbaik berpandukan pengalaman dan buku2 juga nasihat dr org yg lebih arif tentang dunia toddler ni.
Masa aku tulis ni, aku duk dlm duvet. Sejuk cuaca sekarang. Tp siang td matahari cerah sgt wlupon berangin. Semoga semua berjalan dgn baik. Aku rindu suasana ditengah2 family dan kawan rapat. Sabo... ;)
Sunday, 23 December 2012
Monday, 5 November 2012
Nangis, sedih, marah, geram, benci!!!
Geram betul pagi ni! Macam mana nak ajar orang supaya tak ruin mood orang lain agaknya.. Dah la call pagi2 buta, buat aku naik angin, laju betul angin aku pagi ni. Ntahlah.. sabo je la. Salah aku ke bila semua yg dirancang tak menjadi mcm yg dia nak? Silap aku ke klu orang lain perlekehkan dia? Takkan semua aku nak tanggung kot. Sepatutnya Mr R buat aku happy, bukan buat aku sedih dan marah!! Tolongggggg... Nasib baik la weather arini ok. Mood aku cepat ok sbb hari sgt2 cerah.. Alhamdulillah... Pastu yg lagi buat aku nanges... 1 liter of tears! Sangat2 sedih pilu ceritanya... uwaaa.. maka dengan rasminya aku memulakan hari isnin aku dengan airmata yg tak tertahan-tahan. Sedih siot...
Sunday, 4 November 2012
Hibernation In Progress
Arini hujan, sejuk dan redup. Aku online dgn family dr pagi dan sambung ke tengahari dan petang. Selesaikan masalah apa yg ada dan borak2 dgn diorang. Time sejuk macam ni nak duk dlm duvet je keje. Bkn boleh tido pon tapi nak bergulung je atas katil.
Saturday, 3 November 2012
Shopping Lagi!
Jalan-jalan ke IKEA Dublin. Aku beli laundry basket dan Double duvet. Murah! Makan-makan dan semua barang dalam 35 euro. Duvet queen size 10.5 tog baru 8 euro. Puashati seh.. nyaman la aku tido pasni, xla sejuk lagi. :)
Thursday, 1 November 2012
Teringin Nasi Lemak
Arini teringin nak makan nasi lemak lagi. Kebetulan ada santan tin. So akupon masak la serba ringkas. Timun takde, aku ganti dengan kobis sweet sour. Ayam masak daun kayu semalam ada lagi. Sedap tak hengat! hehe..
Wednesday, 31 October 2012
Tuesday, 30 October 2012
Sunday, 28 October 2012
Shopping - Kildare Shopping Outlet
Gambar - Google
Aku pi sini shopping2. Beli barang keperluan. Dapat la merembat handbag Ted Baker dan Boots Clarks sepasang. Last week aku beli boots kat Dunnes Store. Mak aih.. sakit kaki aku. Padahal saiz ok. Ntah kenapa sakit pulak. So aku ada 2 pasang Boots yg cantik.. puashati aku!
Saturday, 20 October 2012
Homemade Biryani Masala
Dah lama kitorang plan nak try rempah biryani yang mama CikMont beli kat India masa dia outstation last month. At last tercapai jugak. Resepi yg kwn dia bagi senang dan sedap. Nasi masak dlm presure cooker, 15min siap. Mudah dan sedap. Boleh buat lagi nnt. Cuma kena tambah bahan mcm cara melayu masak, lebih sedap!
Ni goreng keledek. Keledek oren yg manis ubinya. Goreng utk breakfast.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpeg)
