Showing posts with label Muffins and Cakes. Show all posts
Showing posts with label Muffins and Cakes. Show all posts

Monday, 17 September 2012

Muffin Tak Berapa Nak Jadi!



Alarm berbunyi menyakitkan telinga aku tiba-tiba! Entah kenapa aku nak marah je pagi ni. Dah la sejuk pastu alarm aku berbunyi pulak. Eh.. bukan ke aku yang pasang semalam. Aishh! angin salah bertiup pagi ni. Tapi kejap je, lepas tu aku ok. Malas nak bengang-bengang. Sabo je la kan... Kalau nak ikutkan hati ni, mesti gaduh besar aku ngan dia. Malas nak fikir. 
Pagi ni masih sejuk macam semalam. Aku decide nak buat muffin. Tapi fresh cream takde, so aku guna resepi lain. Guna yang pakai fresh milk. Ok la jugak tapi aku tak puashati sebab muffin tu macam ejek aku pulak. Terjelir-jelir lidahnya! Muffin jahat! Benci!


Muffins

 1 cup castor sugar
1 egg
2 cups flour
2 tsp baking powder
1 cup fresh milk
1/4 cup melted butter
2 tsp vanilla

Method
Beat in all the ingredients, mixing thoroughly.
Spoon into muffin cups.
Bake at 180°C for 25 minutes or until a toothpick inserted in the middle comes out clean.



Nampak tak?? Dia macam ejek-ejek & ketawa pulak. Menyampah betul!



Wednesday, 12 September 2012

Menu simple utk orang malas cam aku ;)


Yesterday breakfast. Simple and easy to make. For those who have leftover serunding or rendang in stock. Dan utk orang malas cam aku ni la.. hehe

Bahan
3-4 keping roti sandwich
Butter
Serunding @ rendang
Tepung + air utk gam

Method
Panaskan oven 180'c.
Kukus @ panaskan roti dlm microwave 1 min.
Canai roti sampai nipis.
Sapu butter. Sudukan serunding @ rendang. Gulung kemas-kemas.
Sapu adunan gam kat tepi roti. Bakar sampai garing. Makan dgn sos atau mayo.  


Dinner malam tadi. Ini resepi soto mak aku yg aku combine dgn resepi soto betawi yang pakcik Google kasi. Sedap dan lain dari yang lain rasanya. Kuahnya yang unik sbb bersantan. Mmg sedap sbb aku yang masak.. gagagagagagagaga, jgn marah ya. ;)

Bahan
20 ketul ketupat mini Nona yang telah direbus
3 ketul chicken leg
10 ketul tulang ayam
Air secukupnya
1 cawan santan pekat
1 sdb serbuk kurma
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan kisar
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan untuk Sambal Kicap
2 batang cili merah
3 sudu sambal ikan bilis
1/2 cwn kicap manis

Bahan Bergedil Daging
1 cwn daging kisar
2 cwn kentang yg telah digoreng dan dilecek
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 btg celery
3 biji putih telur
Garam secukup rasa

Bahan Lain
Daun sup dan daun bawang, dipotong halus
Bawang goreng
1 batang carrot yg dihiris halus memanjang

Cara-cara

Sup
Rebus ayam dan tulang ayam hingga masak. Tapis sup dlm periuk lain.
Chicken leg disiat-siat dan ketepikan.
Panaskan minyak didalam periuk. Tumis rempah 4 sekawan hingga naik bau.
Masukkan rempah kurma dan bahan kisar. Kacau hingga naik minyak, masukkan stok ayam.
Biarkan mendidih. Tambah garam secukup rasa.
Masukkan santan kacau sebati.
Masak hingga kuah mendidih sekali lagi.

Sambal Kicap
Kisar halus semua bahan sambal.

Bergedil
Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat.
Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat.
Tumbuk bawang putih bersama garam. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
Campurkan daging dgn kentang. Masukkan juga celery dan bawang besar yg dipotong halus.
Gaul adunan hingga sebati.
Bentuk ikut citarasa sendiri. 
Celup bergedil dlm putih telur yg dipukul sedikit. 
Goreng dalam minyak yg betul-betul panas. 
Hidang dgn nasi impit, sup, sambal kicap, bawang goreng, carrot dan daun sup/daun bawang.
Boleh tambah serunding daging jika suka.


Makan ni lagi. Yumyumz!

Bahan-bahan ( loyang 8 inci )

Bahan A
300 g gula castor
225 ml butter cair
2 biji telur

Bahan B
225ml buttermilk
3 sdb pewarna merah
1 sdt jus lemon

Bahan C (diayak bersama)
300 g tepung naik sendiri
3 sdb serbuk koko
1 sdt bicarbonate of soda

Bahan D
1 sdt esen vanilla

Bahan Cheese
250 g cream cheese
1/4 cawan gula castor
1 biji telur
2 sdb susu cair
1/4 sdt esen vanilla

Cream Cheese Frosting
250g cream cheese
100ml fresh cream
Sedikit gula castor (Ikut suka nak manis atau tak)

Oven
180'C, 1 jam atau hingga masak. Ikut oven jgk sbb oven aku dlm 45-1 jam dah siap.

Cara-cara
 Satukan bahan cheese dan pukul hingga lembut. Ketepikan.
 Satukan bahan A dalam mangkuk besar dan kacau sebati dan ketepikan.
Satukan bahan B dan C dalam mangkuk yang berasingan.
 Masukkan bahan B dan C ke dalam mangkuk A berselang-seli dan kacau lagi hingga rata.
 Masukkan juga bahan D dan kacau hingga sebati lagi.
 Tuang 1/2 bahagian adunan ke dalam loyang yg disediakan. Bakar hingga masak.
Keluarkan dari oven, tuang adunan cheese dan bakar guna steambath hingga 3/4 masak.
 (Steambath - Letak air dlm dulang pembakar)
Keluarkan dari oven dan masukkan lagi 1/2 adunan merah. Buang air dari dulang pembakar. 
Bakar hingga betul-betul masak.
Keluar dan sejukkan kek 4 jam dlm fridge sebelum sapu cream cheese yg dah siap diputar.

Wednesday, 29 August 2012

Masak-masak lagi!

Bake this for breakfast on wednesday. Very easy to make and taste wonderful. Moist and fluffy! Love it..

Simple Muffins 
1 cup plain flour 
1 tsp baking powder 
1/3 cup caster sugar 
2 eggs (A) 
1 tsp vanilla essence 
1/2 cup fresh cream 
Blueberry, chocolate or anything u wish as afilling 

Method 
1. Sift flour and baking powder all together and put aside.
2. In a bowl, put eggs, sugar and vanilla essence - wisk.
3. Add in cream and stir until blended.
4. Add in flour and stir again.
5. Prepare muffin cups and spoon the batter into each cup, add in filling u like.
6. Bake for 25 mins, 180'C. 
Enjoy the muffins!

Nasi Ayam Penyet


Cooked this lovely nasi for dinner on Monday. Delish nasi ever!

Bahan-bahan ( 6 orang ) 
Untuk Ayam 
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan 
(simpan air rebusan ayam untuk sup dan nasi) 
½ sudu besar Jintan Manis 
½ sudu besar Jintan Putih 
3 sudu besar Biji Ketumbar 
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam 
1 sudu besar Serbuk Kunyit 
½ sudu besar Serbuk Lada Putih 
3 ulas Bawang Putih 
1cm Halia 
Sedikit Air 
2 sudu kecil Garam 
Minyak masak untuk menggoreng. 

Untuk Sambal 
Sedikit minyak masak 
10 batang Cili merah 
10 biji Cili padi 
3 biji Bawang besar, hiris 
3 biji Bawang putih, hiris 
5 biji Tomato, potong 4 
5 cm Belacan 
4 sudu Ikan Bilis 
3 sudu gula merah 
Garam 

Untuk Nasi 
3 cawan beras basmathi, dibasuh dan ditoskan 
3 ulas bawang putih (Kisar) 
2 biji bawang besar (Kisar) 
1 inci halia (Kisar) 
1 btg kayu manis 
4 biji buah pelaga 
2 kuntum bunga lawang 
Sedikit butter 
Garam 
Kiub pati ayam 
Air rebusan ayam 

Cara-cara 

Untuk Ayam Penyet 
Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus. 
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman. 
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu, Jika suka) 
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras. 
Panaskan minyak dan goreng hingga garing. 

Sambal
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan. 
Goreng belacan seketika. Angkat dan ketepikan. 
Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan. 
Kisar semua bahan goreng. 
Masukkan semua bahan td ke dalam periuk dan panaskan. 
Masukkan gula merah dan garam secukup rasa. 

Sup
Masukkan sup bunjut dan garam secukup rasa pada air rebusan ayam. 
Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan. 

Nasi
Masak nasi bersama bahan kisar. Simpul sehelai daun pandan. 
Dalam periuk lain, panaskan butter. Masukkan kayu manis, pelaga, bunga lawang dan cengkih. Tumis hingga naik bau. Masukkan dalam nasi, gaul rata. Tambahkan garam dan kiub ayam. Gaul lagi dan biarkan hingga masak seperti nasi biasa. 
*Boleh goreng tauhu dan tempe jika suka sebagai penambah hidangan.