Wednesday, 19 September 2012

Lauk Orang Lama


Teringat kat kampung menyebabkan aku masak gulai ni. Ini gulai zaman nenek2 aku. Namanya Gulai Daun Kayu. Tak tau la kenapa diberi nama macam tu. Apa yang aku ingat arwah moyang aku selalu sgt masak gulai ni masa aku kecik2. Selalunya ayam kampung jd bahan utama, atau daging salai atau puyuh, tapi aku guna tulang dan campur sikit daging. Macam-macam sayur dan daun dimasukkan dalam gulai ni. Tapi aku tak cukup bahan, so aku letak serai, daun kunyit, daun limau purut dan aku tambah petai sikit.

Gulai Tulang Daun Kayu

Bahan
1 kilo tulang lembu
250g daging
1 tin santan
5 helai Daun limau purut - hiris halus
2 helai daun kunyit - hiris halus
2 papan petai padi - ambil biji
10 biji terung asam - belah 2
1 sdt serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
20 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 btg serai
1 biji tomato

Cara
Tulang dan daging dicuci bersih. Potong daging lebar dlm 3 jari. Rebus tulang dan daging hingga lembut dan tgglkan sikit air rebusan daging.
Masukkan bahan kisar dalam periuk. Masukkan air rebusan daging dan biar mendidih.
Masukkan serbuk kunyit dan garam.
Bila kuah dan mendidih, masukkan daging dan tulang, kacau rata.
Masukkan daun2, petai dan terung asam. Biar mendidih.
Akhir sekali masukkan santan dan kacau hingga masak.  


Rissoles My Style


Aku selalu ubah resepi yang aku dapat. Selalunya sbb nak cepat atau bosan dengan resepi asal. Orang lain buat rissoles inti daging dan potato tp aku buat inti serunding. Dan aku tak goreng dia sbb xnak makan minyak2 subuh2 sapiee ni. Ini combination between kuih dadar dan rissoles. Pada aku sedap jg sbb rasa serunding daging + kulitnya yang lembut tu mmg sesuai. Ini breakfast yg sedikit fancy tapi mudah, cepat dan sedap. Tp make sure ada serunding daging atau ayam in stock. Klu tak.. esok je la kita makan ye.. :P

Bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 cawan fresh milk
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara-cara
Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati.
Sapu minyak dalam kuali leper. Masak mcm lempeng.
Isi inti dan gulung. Sonang gitu!


Tuesday, 18 September 2012

Makan Sedap


Thai green curry for dinner. Sangat sedap dan aku makan tambah. Caranya agak rumit tp berbaloi utk dicuba. Untuk orang-orang yang extra rajin. hehe..

Bahan-bahan
Bahan Kisar (Pes)
3 btg serai dihiris halus
5 ulas bawang putih
3 cili hijau
10 biji cili padi hijau
10 biji bawang merah
2 inci Halia
1/2 cawan daun ketumbar segar (dicincang kasar)
1/2 cawan daun selasih segar (basil leaves)
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
3 sudu besar sos ikan
1 inci belacan (Bakar sikit)
1 sudu besar jus limau nipis
1 sudu kecil gula perang
1/2 cawan santan
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas (dihiris)

Bahan-Bahan Lain
1 ekor ayam (dipotong)
Daun limau purut
Santan kelapa
Stok ayam @ air suam

Bahan-Bahan Sayur (ikut selera sendiri)
Capsicum hijau & merah (potong dadu)
Tomato (belah 4)
Terung (potong ikut suka)
Kentang (Belah 4)

Cara-cara
Dengan api sederhana, panaskan minyak & tumis pes kari tadi sampai naik bau. 
Kemudian masukkan ayam & kacau sebati.
Kemudian masukkan santan, daun limau purut. Jika nak berkuah boleh tambah stok ayam @ air suam. Kacau sebati. Tutup periuk dan biarkan mendidih. Kacau sekali sekala.
Bila ayam hampir masak, masukkan sayur. Kacau sesekali hingga sayur masak. 
Tambah garam secukup rasa.
Lebihan pes boleh disimpan dlm fridge.


Biasalah kalau makan nasi dan lauk mesti ada sayur. Petang ni aku masak sawi jepun campur2 goreng belacan je. Mudah dan sedap. Kena dengan green kari dan nasi panas. Sedap nak pengsan!! 
Boleh tak.. hehe

Bahan

2 tangkai sawi jepun
5 biji button mushroom
1 batang carrot
Sejemput ikan bilis
2 inci belacan
3 biji cili padi (Hiris kasar)
1/2 biji bawang besar (hiris halus)
2 ulas bawang putih (cincang)
Garam secukup rasa

Cara
Potong sayur ikut suka, cuci dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi.
Masukkan belacan dan sikit air, tutup periuk sekejap.
Bila dan naik minyak, masukkan ikan bilis. Kacau.
Masukkan sayur, gaul rata dan hidang.


Malam ni aku makan bertambah... huwaaaaaaaaaa... pastu dessert pulak. Nanges!

Tetiba Rajin


Tiba-tiba petang ni rasa sangat rajin. Lagipon minggu ni belum ada dessert. Baru 1st time try resepi yang ni. Cara lebih mudah dan bahan pon mudah, sukat guna cawan. Kena betul la dengan orang takde penimbang cam aku ni. Aku buat 1/2 portion sbb baru nak cuba. Rasa boleh tahan sedapnya. Tambah-tambah makan masa dah sejukkan dlm fridge. Pengsan mak.. nyah! Sodap banget! 


Bahan
Lapisan Hijau
2 cwn tepung beras
2 sdb tepung jagung
2 cwn gula
14 cwn air pandan
Sedikit pewarna hijau

Lapisan Putih
2 1/2 cwn tepung beras
2 sdb tepung jagung
14 cwn santan (2 tin santan + air, cukupkan 14 cwn)
Garam

Cara
Campur semua bahan lapisan hijau. Kacau sebati, 
masak atas api sederhana hingga adunan nampak berkilat.
Kacau sentiasa semasa memasak utk mengelakkan adunan berketul.
Tuang dalam bekas. Tabur 1 tsp gula setiap bekas. Ketepikan.
Ulang cara masak yg sama utk lapisan putih.
Sejukkan dulu sebelum masukkan dlm fridge.





Ini hasil dari kebosanan yang melanda lepas Cik Mont titon.. Hantam sajalah labu...

Smile..


(: I always wonder if you smile at my texts like I smile at yours. :)
..Im sorry, Im here once again..

(Memory 13th. September 2009)
.Taken from Cathay Pacific flight window.
..I Love Clouds..

Menu Orang Demam

























Aku demam dari semalam. Tgk dapur bersepah, lagi demam lahai. Tak jadi buat kuih sbb sibuk kemas-kemas dulu. Buat Baked Tuna Sandwich je. Dan Nasi Goreng Daun limau purut utk lunch. Sakit hidung dan tekak tak hilang-hilang. Allergic yang masih bersisa sbb makan sambal semalam. Aduhai.. rasa macam nak nangis pun ada...


Bahan
6 keping roti putih
1 tin kecil sardine atau tuna
2 biji cili padi - hiris halus
1/2 biji bawang besar - hiris halus
1 biji telur
Sedikit lemon jus
Garam secukup rasa
Butter

Cara
Sapu roti dengan butter, ketepikan.
Tumis bawang besar dan cili padi, masukkan sardine @ tuna, gaul rata. Biar kering sikit, tutup api.
Kocak telur dalam sardine grg tadi.
Panaskan oven, ambil sekeping roti, letak sardine, ratakan.
Lapik roti dan potong ikut suka.
Bakar dlm oven, 180'c, 10 min balikkan dan bakar lg 5 minit atau smpi kekuningan.


























Bahan-bahan
2 cwn nasi putih
1 sdb cili kisar
1 sdb bawang kisar
*2 ulas bawang putih - cincang
2 helai daun limau purut - hiris halus
1 btg carrot (Potong ikut suka)
4 btg putik jagung (Potong bulat)
Daging sebesar tapak tangan (Hiris nipis dan kecil)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit sos lada hitam

Cara-cara
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi,
masukkan cili kisar dan kacau sebati hingga agak garing.
Masukkan daging dan biarkan daging empuk.
Masukkan garam dan sos lada hitam.
Masukkan semua jenis sayur dan kacau sebati tp jgn biar sayur lecur.
Masukkan nasi. Kacau lagi hingga betul-betul sebati.
Hidangkan panas dgn timun dan salad (Jika suka)
Wa makan ngan serunding je.. heheh




































Cute Little Hand



Ini la tangan orang kuat buat sepah. Tangan cute yang sangat-sangat aku suka. Comel!








Monday, 17 September 2012

Takde Idea Nak Masak


 Dinner orang takde idea ni. Sedap macam biasa. Sup tulang tak boleh letak bahan banyak-banyak, nanti tak sedap. Aku letak celery je. Tak payah berkentang, bertomato bagai. Ringkas tapi menarik selera, tu dah cukup. Makan dengan nasi panas dan sambal gesek. Tapi sebab tak sempat nak menggesek, takdelah sambalnya. Yang ada cuma sambal udang mama Cik Mont masak. Ringkas tapi sedap!



Bahan-bahan
1 kilo tulang lembu
2 biji bawang besar (cincang kasar)
4 ulas bawang putih (di ketuk)
2 inci halia (di ketuk)
5 biji cili api (tumbuk kasar)
1 sdb serbuk kurma
1 btg kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
2 batang celery
Jus limau nipis
Garam dan pepper secukup rasa

Cara-cara
Rebus tulang sampai dagingnya lembut dgn api kecil.
Masukkan semua bahan kecuali jus limau dan biar mendidih.
Masukkan jus limau nipis bila nak menghidang.


Inilah sambalnya. Aku tak makan udangnya tapi sambal dan petai aku makan. Dan menyebabkan sampai la ni aku tak tido pasal gatal! Huwaaaaaa... allergic aku sampai dah...

Bahan-bahan
1/2 kilo udang- bersihkan
3 papan petai - ambil biji, cuci dan goreng sikit.

Bahan Kisar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
20 biji cili kering

Bahan Lain
Garam dan gula secukup rasa
Air asam jawa
Minyak untuk menumis

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan petai.
Masukkan garam, air asam jawa dan gula secukup rasa.
Masukkan udang dan kacau 5 minit. 
Hidangkan. 

Muffin Tak Berapa Nak Jadi!



Alarm berbunyi menyakitkan telinga aku tiba-tiba! Entah kenapa aku nak marah je pagi ni. Dah la sejuk pastu alarm aku berbunyi pulak. Eh.. bukan ke aku yang pasang semalam. Aishh! angin salah bertiup pagi ni. Tapi kejap je, lepas tu aku ok. Malas nak bengang-bengang. Sabo je la kan... Kalau nak ikutkan hati ni, mesti gaduh besar aku ngan dia. Malas nak fikir. 
Pagi ni masih sejuk macam semalam. Aku decide nak buat muffin. Tapi fresh cream takde, so aku guna resepi lain. Guna yang pakai fresh milk. Ok la jugak tapi aku tak puashati sebab muffin tu macam ejek aku pulak. Terjelir-jelir lidahnya! Muffin jahat! Benci!


Muffins

 1 cup castor sugar
1 egg
2 cups flour
2 tsp baking powder
1 cup fresh milk
1/4 cup melted butter
2 tsp vanilla

Method
Beat in all the ingredients, mixing thoroughly.
Spoon into muffin cups.
Bake at 180°C for 25 minutes or until a toothpick inserted in the middle comes out clean.



Nampak tak?? Dia macam ejek-ejek & ketawa pulak. Menyampah betul!



Keperluan


Dah Isnin! Kejap je rasanya. Tak rasa macam cuti pon. Sekarang sejuk, kulit aku kering, rambut gugur. Dah la sikit rambut aku, lagi gugur. Aku igt Ireland je autumn, rupa-rupanya kepala aku pon autumn gak. Haish! Susah hati sebenarnya, tapi sabo je la.. Kulit aku pon sama ada masalah, kering sgt2. Lotion yang aku beli BOGOF kat Boots dah nak abes. Taknak pulak Incik Boots buat buy one get 4 free.. hehe.. buat aaa.. aku borong lapan! Kat Malaysia aku xsuka lotion. Melekit tak hengat klu pakai. Geli! Dan kat Malaysia aku xsuka chocolate! Tapi kat sini aku makan chocolate mcm makan roti & Icecream. Sedih aaa..