Monday, 17 September 2012

Muffin Tak Berapa Nak Jadi!



Alarm berbunyi menyakitkan telinga aku tiba-tiba! Entah kenapa aku nak marah je pagi ni. Dah la sejuk pastu alarm aku berbunyi pulak. Eh.. bukan ke aku yang pasang semalam. Aishh! angin salah bertiup pagi ni. Tapi kejap je, lepas tu aku ok. Malas nak bengang-bengang. Sabo je la kan... Kalau nak ikutkan hati ni, mesti gaduh besar aku ngan dia. Malas nak fikir. 
Pagi ni masih sejuk macam semalam. Aku decide nak buat muffin. Tapi fresh cream takde, so aku guna resepi lain. Guna yang pakai fresh milk. Ok la jugak tapi aku tak puashati sebab muffin tu macam ejek aku pulak. Terjelir-jelir lidahnya! Muffin jahat! Benci!


Muffins

 1 cup castor sugar
1 egg
2 cups flour
2 tsp baking powder
1 cup fresh milk
1/4 cup melted butter
2 tsp vanilla

Method
Beat in all the ingredients, mixing thoroughly.
Spoon into muffin cups.
Bake at 180°C for 25 minutes or until a toothpick inserted in the middle comes out clean.



Nampak tak?? Dia macam ejek-ejek & ketawa pulak. Menyampah betul!



Keperluan


Dah Isnin! Kejap je rasanya. Tak rasa macam cuti pon. Sekarang sejuk, kulit aku kering, rambut gugur. Dah la sikit rambut aku, lagi gugur. Aku igt Ireland je autumn, rupa-rupanya kepala aku pon autumn gak. Haish! Susah hati sebenarnya, tapi sabo je la.. Kulit aku pon sama ada masalah, kering sgt2. Lotion yang aku beli BOGOF kat Boots dah nak abes. Taknak pulak Incik Boots buat buy one get 4 free.. hehe.. buat aaa.. aku borong lapan! Kat Malaysia aku xsuka lotion. Melekit tak hengat klu pakai. Geli! Dan kat Malaysia aku xsuka chocolate! Tapi kat sini aku makan chocolate mcm makan roti & Icecream. Sedih aaa.. 

Sunday, 16 September 2012

Snack



Enjoying this creamy vanilla ice cream while updating my blog. Oh.. I love my life.. :P


Express Lunch



Bahan-bahan
1 ekor ayam(Potong 12, cuci perap dgn tpg gandum 10 min)
*20 tangkai cili kering
*4 ulas bwg merah
*2 ulas bwg putih (Buang empulur)
*2cm belacan
2 btg serai (Ketuk dan simpul)
1 sdb sos tiram
1 biji bwg besar (Hiris ikut suka)
Air asam jawa dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Kentang dan tomato (Jika suka)

Cara-cara
Cuci ayam hingga bersih dr kesan tepung. Goreng 1/2 masak. Ketepikan.
Kisar bahan yg bertanda *
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing sedikit.
Setelah agak garing masukkan ayam, gaul sebati. Biarkan 5 min.
Masukkan air asam jawa, sos tiram dan garam. Kacau lagi hingga sebati. Biarkan ayam empuk.
Masukkan kentang, bwg besar dan tomato.
Bila kentang lembut, masukkan serai dan kacau 5 min.
Hidangkan dgn nasi panas.


  



Bahan-bahan 
1/2 biji kobis - hiris ikut suka
1/2 btg carrot - potong halus panjang
1 labu bawang besar - hiris halus
Sedikit ikan bilis
2 senduk santan tin
Garam secukup rasa

Cara-cara
Satukan kesemua bahan2 kecuali kobis di dalam periuk dan masak hingga mendidih.
Masukkan kobis dan gaul hingga rata.Tambah santan jika perlu dan masak hingga kobis lembut.
Siap untuk dihidangkan.


Kisah Sebiji Limau



Semalam aku ke Superquinn dan terjumpa limau ni. Harga 2euro utk 6 biji. Hmm.. aku mmg suka limau so,aku beli la. Macam limau mandarin yg selalu ada masa Chinese New Year. Masam-masam manis dan mmg kena dengan selera aku yang hantu limau ni. Aku mmg suka limau, lemon dan yang sewaktu dengannya.  Aku dah makan 2 biji. Mmg best!


 Baunya yang memikat, rasanya yang mengiurkan. Hehe.. Suka suka suka!


Selain dari bau dan rasa limau yang aku suka, aku tertarik dengan warnanya yang menarik. Subhanallah... Sungguh sempurna ciptaan Allah utk hambanya. Alhamdulillah aku masih boleh menikmati kurniaan Allah yang tiada tandingannya. :)

Breakfast Hari Minggu


Salam hari minggu :) Pagi ni tak masak apa-apa sbb banyak leftover food from dinner last nite. So, aku panaskan saja roast chicken & potato gratin utk makan dgn croissant. Dan limau cute yang aku beli semalam, airnya neslo je. 


(: The CuppyCakes :)



Hujan Pagi


Aku tersenyum bila bangun pagi ni. Hujan! Aku sangat suka hujan pagi. Bagi aku hujan waktu pagi sangat romantik. Entah kenapa perkataan romantik itu yang terkeluar dr mulut aku bila tgk hujan waktu pagi. Angin sejuk yang masuk dari tingkap yg aku buka sejak malam tadi sgt menyegarkan. Tapi still kesejukkan pagi-pagi macam ni buat aku malas nak bangun. Jam baru pukul 8pg waktu aku bangun. Awalnya.. hari ni hari ahad. Apa aku nak buat hari ni ya.. terfikir-fikir nak keluar tp hujan. Atlast, aku tarik duvet dan sambung tido sampai jam 9.30pg. hehe.. tidur adalah nikmat yg paling aku enjoy waktu hujan-hujan macam ni.

Saturday, 15 September 2012

Pulut Serunding For Breakfast


Salam pagi sabtu yang ceria! Pagi ni buat pulut serunding untuk breakfast. Kerja mudah. Aku masak pulut dalam microwave je. Cepat masak dan takyah tggu rendam berjam-jam. Jimat masa. Pulut aku cuci bersih, masukkan santan, garam dan sikit air. Masak 25min dan kacau setiap 5min. Siap!


Serunding aku buat awal dan simpan dlm fridge. So, bila-bila nak guna boleh la. Senang tak keje aku? hehe..
Aku tak ade sukatan utk bahan-bahan serunding ni. Ikut la nak buat banyak atau sikit. Aku main campak-campak je.

Bahan
Kelapa kering
Udang kering*
Ikan bilis*
Bawang besar*
Bawang putih*
Halia*
Cili kisar*
Serai*
(Kisar bahan bertanda * bersama-sama)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak

Cara
Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai garing. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Gaul sebati. Masukkan kelapa kering dan masak sampai agak kering dan berderai. Siap!


Kat Ireland ni daun pisang mahal sikit, so jimat-jimat la kan. Ambik aluminium foil dan gunting sebesar yg diperlukan. Gunting daun pisang agak2 dapat alas pulut je. 


Haaa.. camni la aku buat. Agak-agak la nak buat besar mana. Aku buat kecik-kecik je. Kurus-kurus. Baru comel cam America's next top model gitu! Bila dah siap bungkus semua, bakar dlm oven 20min 180'C.


Ohh.. lupa! My Little Helper, Cik Mont pon ada sekali pagi ni. Biasa la dia, semua dia nak tolong. Layan je la kan... heart her! :)

Ni la hasil kerja pagi ni.. Sedap macam biasa la. Chefnya kan aku.. hahaha.. Lawan dgn teh tarik tak cukup buih sbb buih dia hilang masa aku dok mengejas gambo. Terasa macam kat Malaysia pulak. Rindu! Oh.. lupa. Aku ada buat Mayo egg toast jugak. Saja buat 2 breakfast berbeza. Enjoy the pics!






Friday, 14 September 2012

Cute Pattaya Fried Rice


Cooked Pattaya Fried Rice for Cik Mont. She love it! She Enjoyed it! 
Is it look like cat or bear? Its a cat actually.. but the rice not stick together. That's what basmathi do, low in carbo... what to do? Ahh.. never mind though, as long as she like it so much. :)

Cold Breezy Morning


Bahan Shell
250ml air
110g butter
170g tepung gandum
1/2 sdt garam
3 biji telur
1 sdt vanilla

Cara
Didihkan air masukkan butter kacau butter cair. Masukkan garam, kemudian masukkan tepung dan gaul cepat-cepat hingga adunan tak melekat di periuk. Alihkan dari api.
Pukul telur dengan esen vanilla.
Letak periuk adunan tepung atas api sederhana dan masukkan telur, gaul rata dgn cepat.
Alas dulang pembakar dgn baking paper dan sudu atau pipekan adunan atas dulang.
Bakar 180'c selama 25 min atau hingga kekuningan.

Bahan Chocolate Custard
1 sdb tepung
1 sdb tepung jagung
4 sdb gula
200ml susu segar
1 biji telur (A size)
100g coklat masakan
1 sdb serbuk koko
1 sdb mentega

Cara-cara
Masukkan semua bahan kecuali mentega. Gaul rata.
Masak atas api perlahan hingga pekat dan berkilat.
Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau rata.