Tuesday, 11 September 2012

Very cold windy day...

...Lets the pictures tell the story...






I Feel Loved!


Wajahmu...
menawan disudut hati
lembut dan tenang
mengusir resah
dari sekeping hati yang lara.
Suaramu...
melamar rindu dalam sepi
lunak mengasyikkan
melenyapkan kesepian
dari dalam diri.
Dirimu...
mengikat hati kesyahduan
menggubah kasih dalam penantian
mengusir mimpi dalam kerinduan
dan...
talian kasih mengeratkan
dua hati yang berjauhan.
Aku...
tersesat dalam rindu
setelah ku pandang
sekilas wajahmu
setelah ku dengar
sekilas suaramu
setelah ku kenali
sekilas dirimu.
Aduhai kekasih...
tunjukkanlah arah
dan bersama kita berpimpinan
dalam taman kasih
sejati keabadian.

~~~LoVeD~~~

Sunday, 9 September 2012

Saturday's Kitchen


Bangun pagi-pagi teringat bingka telur resepi dr kawan lama. Masa tu aku aktif join group masak memasak, so dapat berkongsi ilmu tentang dunia masakan dgn kawan2 bloger. Bingka ni sedap, tp tak boleh buat selalu sebab lemak tak hengat! Sesekali untuk hilangkan teringin ok la.. :)

Bahan-bahan
3 biji telur
1 cwn air daun pandan + sikit pewarna hijau
1 tin santan
1.5 cwn tepung gandum
1 cwn gula
1/2 sdk garam
2 sdb butter - cairkan

Cara-cara
Blend semua bahan hingga tepung tak berketul.
Isi 1 sdb minyak dalam loyang pembakar, panaskan dlm oven hingga betul2 panas.
Bla loyang sudah panas, masukkan bancuhan kuih. Jgn buat tebal sgt.
Masak sehingga berkerak sikit.

Wednesday, 5 September 2012

New Huggable Buddy!


Ini Owlee. Sebut betul2 Aolli. Bukan Oli okeh. Bought him at 1/2 price. 50% promotion. How lucky I am.. hehe.. Dari jauh aku pandang mata dia yang kuyu tu aku dah terjatuh cinta. Tetiba aku pandang pricenya lagi bertambah-tambah cinta aku. Apalagikan, aku terus tangkap dan bawak balik. Aku beli dia last weekend. At 15.99 euro. Best best best! Yang tak bestnya dia buat katil aku sempit. Dia je tido setengah katil. Aku nak tido gak. Aish! Tapi aku sayang dia. Pengganti HunnyBunny yang aku tinggalkan kat Laman Suria dan HunnyLove yang Hafiy jaga untuk aku kat BB. Bertambah koleksi aku. I love fluffy frens! Hugs... ;)  

Bosan...

Hari yang bosan.. aku selsema tak habis-habis. Pening pulak tu. Ni je aku masak utk dinner arini. Tak larat..


Bahan-bahan ( 5 orang )
3 cawan beras
2 cwn santan pekat
2 cwn air (Ikut jenis beras)
1/2 sudu besar halba
1 helai daun pandan
1 cm halia - hiris halus*
1 biji bawang besar - hiris nipis*
2 ulas bawang putih - hiris*
garam secukup rasa
1 sudu minyak masak
1 sudu olive oil

Cara-cara
Panaskan kedua-dua minyak, tumis bahan bertanda * hingga naik bau. Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba dan garam.
Masukkan dalam rice cooker masak mcm nasi biasa.
Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis atau sambal sotong, timun, lettuce dan  telur rebus. Boleh tambah apa-apa ikut selera masing-masing.

Sejuk!

Pagi sejuk, pagi ini sangat sejuk. Hahaha.. aku still ingat buku yang tajuknya Pagi Sejuk. Ayatnya berulang-ulang sama je lebih kurang. 22 thn dulu, aku bacakan buku tu untuk adik bongsu aku yang gebus tu. Masa tu dia 4 tahun klu aku tak silap. Selalunya mak akan bawak kitorang ke perpustakaan awam tempat dia keje. Pinjam buku dan baca kat sana. Sangat best. Sekarang adik dan kakak aku tak buat pon macam tu kat anak-anak diorang. Almaklum la.. Org bz. Tapi itulah kenyataannya. Zaman kanak-kanak aku 5 beradik susah, sedih sbb abah meninggal masa aku 11 thn, tapi mak tak pernah abaikan masa libur kitorang. Pergi library, jual nangka cucuk kat lidi, jual kuih, lumba basikal, main kat tali air tepi sawah, ikut mak aku ke sawah ambik upah cabut benih, tu tak kira lagi adik lelaki aku yang main laga ayam, mandi ujan bawah cucur atap umah sementara tunggu mak goreng jemput2 ikan bilis dan buat kopi o. Alhamdulillah, kitorang kebal jugak la sbb xpulak demam lepas mandi ujan. Tak macam budak2 sekarang, ujan sikit selsema, sejuk sikit demam batuk. Ubat kat umah berkoyan-koyan mcm farmasi dah rupanya. Mungkin bagi budak2 sekarang benda macam tu tak seronok dan memenatkan. Tapi bagi aku 5 beradik cara kami enjoy zaman kanak-kanak sangat2 best. Kenangan tuuu...
Berbalik ke pagi yang sejuk arini. Cakap kat luar umah pon mulut klua asap. Power la kunun.. hahha.. tapi pagi td mmg sejuk. Ni matahari dah klua. Ada rasa sikit panas. Aku masak Garlic butter toast cicah ngan leeks and potato soup je utk breakfast. Mudah dan cepat, lagi sedap dan sihat. :P 


Bahan

Toast
6 keping roti sandwich
2 sdb butter
2 ulas bawang putih

Sagat bawang putih, guna sagat halus. Tenyeh kat butter. Sapukan ke roti dan bakar dlm oven 180'C, 10 minit atau sampai atas roti nampak kuning dan garing.

Soup
250g kentang - dipotong dadu
2 biji bawang kuning - dadu
2 btg leek- hiris sederhana nipis
25g butter
1 kiub ayam
1 sdt dried mixed herb
300ml susu segar
1 cwn air panas
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam
Dried parsley @ Oregano

Cara-cara
Cuci kentang masukkan dlm periuk bersama butter dan bawang masak dgn api yg kecil sampai empuk.
Tutup periuk.
Sekali sekala goncang-goncangkan periuk tanpa buka penutupnya. Untuk elakkan kentang melekat.
Biarkan dalam 10 min. Selepas tu masukkan susu kacau sebati. Campur air panas dgn kiub ayam dan tuang dlm sup. Kisar soup kentang sampai halus. Senang guna hand mixer, blend je dlm periuk.
Masukkan leeks, kacau sebati.
Masukkan juga mixed herb, garam dan serbuk lada hitam.
Besarkan api kacau hingga mendidih dan sayur empuk.
Tabur dried parsley @ Oregano semasa menghidang (Optional).



Monday, 3 September 2012

Malas!


Hmmm... arini hari malas aku. Tido lambat pastu mimpi indah! hehehe... alarm aku memang setia mengejutkan aku bangun tiap pagi. Tapi aku yg snoozed memanjang. Perancangan arini nak masak best2 tapi xboleh sbb aku termalas. Mengantuk tak hengat punya. Akhirnya ni je aku mampu buat. Resepi yang mudah dan sedap. Aku dan si Montel tu makan dgn honey & fresh blueberry. Sangat sedap. Sape nak buat ni aku share resepi. Sonang jo buek ea.. :P


Bahan-bahan ( 20 biji-mini size )
* 2 biji telur
* 6 sdb gula kastor
* 2 sdb olive oil / minyak masak
* 260ml fresh milk / fresh cream
* 1 penutup esen vanila
*Fresh blueberry
^ 300gm tepung gandum
^ 3 sdk baking powder

Cara-cara
Masukkan bahan-bahan bertanda * dalam blender dan blend smpi sebati. Ayak bahan ^.  Masukkan dalam blender blend lagi sampai rata. Adunan ni mmg likat sikit. Sapu butter pada non-stick pan, tuang sedikit adunan dan tutup dgn penutup, masak dgn api sederhana. Bila bahagian atas pancake dh berbuih, bolehlah dibalikkan. Buat sampai habis, makan dgn honey, cream, butter,jam atau apa2 yg disukai.

Sunday, 2 September 2012

No Nasi Day


Dinner malam ni aku goreng kueteow je. Kueteow tu lebihan dr yong tau foo semalam dan tambah lagi 1/2 bungkus utk mencukupkan. Cuma rencahkan dengan isi ayam, tauhu dan fishball dr yong tau foo jugak. Taknak membazir. Pedas, manis, masin semua ada. Jadilah untuk dinner simple sbb taknak makan nasi. Bagi aku sesekali dinner macam ni menarik juga. :)

Bahan
2 bungkus kueteow - cuci dan toskan
15 tangkai cili kering*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 sdb kicap manis
2 sdb sos tiram
2 kpg tauhu
10 biji fishball
Isi ayam - ikut suka nk banyak mana
Taugeh
Sawi
Cili merah
Daun bawang

Cara
Kisar bahan bertanda *, panaskan minyak dan tumis hingga naik bau.
Masukkan isi ayam, fishball dan tauhu, gaul rata.
Masukkan kicap dan sos tiram, blh tambah garam klu kurang masin.
Masukkan kueteow dan sawi. Kacau.
Masukkan tauge, gaul sebati.
Hias dengan cili merah dan daun bawang bila menghidang.

Saturday, 1 September 2012

Simple Menu


Bahan-bahan ( 5-6 orang )
10 tangkai cili kering
Gula melaka atau gula merah
Bijan goreng
Gula(kalau kurang manis)
1 sdk garam
4 cm belacan
400 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 sdb tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air

Cara-cara 
Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil. 
Setelah garing, angkat dan kisar cili kering dgn sedikit air. 
Panaskan air bersama gula melaka/merah. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Masukkan garam dan gula (jika gula melaka kurang manis). 
Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang.

Bahan Sup

500ml air atau lebih
1 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
Segenggam ikan bilis - kisar
1 kiub ayam
Sedikit garam dan lada sulah

Cara-cara
Didihkan air, masukkan bahan kisar. Bila dah sebati masukkan kiub, garam dan lada sulah. Celur semua bahan yong tau foo. Kemudian tapis sup. Hidang bersama sos hitam dan bahan-bahan yong tau foo yang lain.

Bahan Celur
Kangkung
Fishball
Sotong kembang
Prawn ball
Squid ball
Fish cake
Bendi
Atau apa-apa saja mengikut selera masing-masing.





Bahan-bahan 
10 lasagne sheets

Red Sauce 
800gm mince beef
2 onions- chop 
3 garlics-chop 
1 can tomato purée
1-2 teaspoons chilli paste
1 teaspoon curry powder 
chicken cube 
2 tomatoes (Blend)
1 teaspoon black pepper 
diced carrots, red pepper, mushroom 
Salt to taste 

White Sauce: 
1 pint fresh milk 
3 tbs plain flour
Grated mozzarella  + cheedar cheese 

Method
Red Sauce
Panaskan minyak, tumis bawang dan garlic. Masukkan minced beef, kacau rata. Masukkan tomato purée dan tomato blend. Kacau lagi. Masukkan sayur-sayuran ikut suka, kacau dan tambah garam, pepper secukup rasa. Masak sampai kering sikit. Tp jgn kering sgt.

White Sauce:

Panaskan fresh milk yang di campurkan dengan tepung. Kacau sampai pekat macam double cream.

Celur lasagne sheets sekejap sampai lembut. Jangan tindih2, nanti melekat. Ambil 2-3 letak dlm bekas, tuang red sauce, lepas tu white sauce. Last skali tabur grated cheese. Ulang sampai habis. Pastu bako!! hehe..


Bahan-bahan
5 biji ubi kentang
1 sudu butter
1/2 biji bawang besar
150g daging cincang
1 tangkai daun bawang
Sedikit garam dan pepper
2 biji telur dipukul
Bread crumbs secukupnya
Sedikit tepung
Minyak untuk mengoreng

Cara-cara
Rebus ubi kentang sehingga masak
Kemudian kupas kulit kentang dan lenyek dengan garfu
Potong dadu bawang besar.
Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan pepper.
Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati
Bahagikan kepada 8 bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. 
Ulang sampai habis.
Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs
Goreng dalam minyak penuh

Friday, 31 August 2012

55th Malaysia Independence Day


Baked this to celebrate the big event of my country. Even though Im miles away from there but I wanna across the miles and enjoy the celebration in a very special way. My way of course! ;)


And this one for breakfast. Roti sardine goreng yang super yummy! Bangun pagi td aku tak boleh buka mata. Mengantuk gila babeng! Aku nak share resepi kat sini, utk org2 malas mcm aku. Ni je aku mampu nak masak pepagi.. heheh..

Roti Sardine Goreng

Inti
1 tin kecil sardine
1/2 biji bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih (cincang)
5 biji cili padi (gunting halus)
1/2 btg Carrot (potong kecil)
Garam dan pepper

Tumis bahan sampai naik bau pastu masukkan sardine. Goreng kejap, tambah garam dan pepper secukup rasa.

Kulit
8 keping roti sandwich
1 sudu nasi tepung gandum
1 sudu nasi tepung beras
Garam dan serbuk kunyit

Ambil sekeping roti, masukkan inti sardine goreng, lipat dua. Celup dalam tepung dan goreng sampai garing mcm buat goreng pisang tuuuuu.. Sedap tau ni!