Friday, 3 January 2014

2014

Aku balik kampung dr hari sabtu 28/12 - 01/01. Abiskan masa dgn family. Makan tak pantang langsung. Dapat jugak exersice dan berjogging dgn si Kelat. Best sbb merayap keliling kampung. Pegi pasar malam yg dah berkurun aku tak pegi. Best ever  pasar malam yg ada dlm dunia ni. Macam biasa aku akan beli makanan yg aku suka. Best best best! 

Aku pegi laut. Main air dgn family. Macam biasa la tu xtvt yg mmg aku jarang tgglkan klu aku blk kampung. Hari rabu 1hb tu aku naik bas kul 3 pm. Sampai pon awal. So aku decide nak spend time dgn tgk muvi dan minum2. Tgk 47 Ronin. Syok gila muvi tu. Abis muvi aku blk umah. Tepat jam 10 aku sampai. Penat tp aku kemas jgk la skt2 sbb bersepah sgt. 

Cuti aku berakhir dgn perasaan yg tak tentu arah. Yg paling aku sedih bila si Motak taknak kat aku. Uwaaaa... Thats not a good reason to forget about me sayang oiiii... Frust nungging aku. Sumpah aku sedih. Tapi arini dia back to normal. Cheeky, happy and active. Klu semalam aku cium dia nangis, arini dia redho je bila aku cium. Semalam aku timang dia takut dan nangis, arini mengekek ketawa. Saje je buat org sedih!

2014 bagi aku takde beza dgn hari2 lain. Aku tetap aku yg sama. Tetap menjadi diri aku. Aku ingin berubah tapi bukan ubah siapa diri aku, tapi aku nak ubah bnda lain ke arah kebaikan. Aku ingin menjadi insan yg lebih baik dunia dan akhirat. Ingin memajukan diri, mencapai matlamat yg aku impikan. Oh one more thing.. Aku sayang dia. ;)

Tuesday, 15 October 2013

Aidil Adha 2013

Aku tak balik kampung. Aim aku nak mengelak diri dr mkn berlebihan. Aku sgt takut nak mkn raya foods yg tggi carb tu. Dlm pada jaga2 tu aku makan jugak 2 ketul nasi impit dan 2 ketul ketupat palas segera, kuah kacang dan kek chocolate. Huhu...

Klu blk kampung dah tentu makanan aku lebih dr itu. Mak masak mcm2. Makanan mesti bnyk. Dan aku mesti tak dapat nk tahan hati tgk je. Rugi klu xmkn kan... Sbb tu la aku berkorban. Tak balik kampung raya ni. Raya haji je pon... Takpe la. Aku enjoy raya cara aku. Tgk doraemon, makan kek cekelat ngan krim cis, tidoq.. Heheh...

Em... Masa aku tgh tulis entry ni, jiran depan umah yg tak abis lg beraya tu telah melanggar pagar umah sendiri atau maybe sedara mara dia yg dtg tu langgar pagar umah dia? Entah lah.. Apa yg aku tau, aku dgr bunyi kuat dan tgk kat tingkap family diorang ramai2 tgh duk kerumun kete n pagar tu..
Takpe la tu... Nmpk mcm tak serius. Ok kot... Aku nak titon! Daaaa...

Sunday, 22 September 2013

Wiken Yg Mengharukan..

Minggu ni aku enjoy sgt. Wiken aku dipenuhi dgn aktiviti yg best. Tp tu la.. Klu klua aku mesti mkn. Itu yg haru. Aku tgk 2 muvi. Two Guns dan Prisoner. Best ceritanya. Yg xbest ialah.. Mkn... Aku teringin roti sosej. Aku beli. Mkn sambil tgk muvi. Lepak di starbuck. Minum green Tea Latte. Uhukkkk... Sampai mlm td kul 4 lbh aku kepanasan dan xblh tido. Tu la mkn lg mcm2!

Wednesday, 11 September 2013

Another happy day...

Alhamdulillah aku masih bernafas pagi ni. Sejak dua menjak ni aku selalu tido lambat. Hampir setiap mlm. Pastu pagi nk bgn punyalah susah. Mata tutup je masuk toilet. Semalam aku buat red velvet cupcake utk customer. Tp dgn cinnamon buttercream. Aku rasa sikit je sbb takut nk mkn. Kebetulan 1/2 portion dpt 13 biji.  Sebiji utk crumb tabur atas cupcake tu. overall katenye sodap. Tp bg aku cream cheese lg mabeles.

Harini dah 10 ari. Aku dah xbreakfast boiled egg. Cuma minum jus beet root + apple, air panas kosong dan anlene sekotak. Nak tggu lecithin dan alfalfa aku sampai. Hopefully buleh la bakar lemak cepat sikit. Aku masak semua ngam je. Xnk lebih. Yg penting healthy.

Wiken ni mak aku nk dtg KL. Aku xdapat nk join sbb bz skt. Aku pon xnk join sbb diorang nk mkn busat! Uwaaaa... Nnt punah diet aku. Xpe la mak. Sok ujung bulan I blk kampung In Sha Allah. Adik aku yg dikajang dah plan nk bawak mak aku mkn satay. Satay boleh mkn tp nnt aku pi mkn ngan kuah n nasi impit. Tak boleh.. Tak boleh.. Big NO!

Aku dh start balik homemade aku. Itu duit poket. Mesti buat. Angan2 nk bukak cafe cupcake n ciskek aas nama sweetbites. Nk buat packaging cantik2. Ade reben2 tp xnk serabut. Ish... Semoga dipermudahkan. Aminnnnn....

Okeh, time tu start my real day... Tatatititutu..

Monday, 9 September 2013

Day 8

Ohhh... Dh hari ke 8. Alhamdulillah. Tak teringin lg nk mkn nasi setakat ni. Lempeng yg mmg fav aku tu pon aku belum teringin. Tp aku teringin nk mkn mknn manis. RV, cream puff dan kuih2 loyang mcm serimuka dan bingka. Kuih koci pon. Nangissssss~~~~  bertahan la wahai diri. Inikan utk diri sendiri. Aku dah berhenti ngunyah kuih raya! Yeayyyy... Sbb dah abis. Ngeeee...

Arini aku breakfast 2 biji telur rebus + jus pegaga apple + milo kosong + air panas kosong. Kembung kejap td. Pastu jalan sana sini sbb nk kluakan peluh. Nnt ptg blh buat 1 mile walk at home lagi. Leg toning n reflexology pon buat gak. Sebbaik ade Osim Uphoria. Hehe..

Tetiba aku teringat nk buat low fat cake. Atau vegan cake. Cari resepi terjumpa easy oats cake. Mcm nk try. Tp ado topong kau! Camno ni... Takpe lah. Aku nk try cari kek yg low carb. Tingin ni tingin!!

Hopefully jumpa resepi yg sesuai dan sedap. Buleh aku mkn kek. Ok sok aku membebel lg ya...
Nk pi tanya pakcik gugel ade ak resepi low carb kek.. Tata!

Friday, 6 September 2013

Day 5

Dah 5 hari yeayyy!! No nasi day hingga bila2 kot. Cuma aku akan makan wholemeal bread 2-3 kpg sehari dgn main menu aku. Rasa dah macam kambing dah aku ni. Makan sayur punya la banyak. Aku dah pon berhenti mengunyah kuih raya yg mak aku bungkus2 tuk aku aritu. Lagipon dah tggl sikit je. Aku dapat telur beso kemain. RM 12 sepapan. Tiap 2 mggu akan sampai umah aku. Syok oiii telo beso! Ahakss..

Aku pon dah start buat simple 'walk a mile at home' exersice. Arini aku rasa bersalah kat diri aku sbb pg td aku mkn blueberry velvet cupcake seketul. So aku try utk buat 2 mile. Tp seriously aku tak larat. Sakit betis den! Takpelah.. Slowly. Nnt lelama mesti boleh. Alhamdulillah sejak balik dr Dublin aku betul2 tahan dri dr makan nasi lemak dan roti canai/ telur etc. Ade la sekali dua aku bedal. Tu pon sbb tak tahan sgt. Hehe... Dugaaannnnn...

Aku tau usaha aku akan membuahkan hasil. Klu tak banyak, sikit pon xpe lah. Cuba dan cuba!

CHAIYOK! GAMBATTE!
Ngeeeeeeee...

Tuesday, 3 September 2013

Boo!

Entah berapa lama aku tak hapdet blog aku ni. Dah berabuk. Baru aku nak kemas2 sikit. Hmm... Aku nk igtkan diri aku tentang betapa happynya aku sejak balik ke malaysia. Aku berangkat pada 9hb May 2013 dan sampai ke KLIA pd hari jumaat 10hb. Mak aku tak tahu menahu yg aku nak balik. Aku ke BB jumpa kwn2 aku lepas ambik kek tempahan utk bday Hafiy. Dalam kul 8 lbh aku dan adik aku blk ke melaka. Macam biasa mak aku menggigil sbb terkejut. Alhamdulillah mak aku tak pengsan. Lps semggu di kampung. Aku blk ke BB semula. Sempat aku join hari ibu dan guru di tempat kerja lama. 

Lepas tu aku berangkat ke Subang. Dan hingga hari ni aku di sini. Happy! Sangat2 happy. Dalam masa 3 bln ni aku kerap blk kampung. Raya sgt meriah, makan2 yg sgt sedap membuatkan aku takut dgn penimbang. Huwaaaa berat aku naik lg...

Lepas aku muhasabah diri, aku macam terbangun dr mimpi yg ngeri. Aku mesti lakukan sesuatu untuk diri aku. Dan dgn rasminya aku mulakan perjalanan diet aku. Kat FB org salah faham. Aku cerita lain, org fikir lain. Ades... Tapi takpe. Biar apepon yg diorang nk fikir. Biarlah...

Aku mula mencatat segala aktiviti mengunyah aku. Alhamdulillah masuk hari kedua aku mmg mcm bermusuh dgn nasi. Aku mkn telur, sayur dan ayam. Yg bagusnya aku mmg suka telur pon. So aku target attack phase aku selama 30 hari bermula 2hb sept 2013 - 1hb Okt 2013.

Aku berharap dgn usaha, doa dan tawakal serta support dr org2 kesayangan aku, perjalanan aku akan sampai le destinasi dgn jayanya. Semoga Allah mempermudahkan perjalananku.. Amin Ya Rabbal Alamin... 

Sunday, 17 March 2013

Aku

Dah lama sgt aku tak update blog. Bukannya apa, malas nak mengadu kat diary bisu aku ni. Aku tau org ramai tak faham aku ni macamana. Aku sgt2 sensitif dan tak pandai berpura-pura. Aku tak pandai bermuka-muka. Aku moody bersebab. Aku diam bersebab. Aku marah dan menangis juga bersebab. Aku ambil langkah utk mendiamkan diri  supaya aku tak melukakan hati sesiapa. Tp org salah anggapan tentang aku. Aku sunyi sekarang, maklumlah jauh dr keluarga dan kawan2. 3 org kawan yg aku ada kat sini pon tggl jauh dr aku.

Untuk menghilangkan sunyi, aku bergayut kat hp dgn kwn yg sgt rapat dgn aku. Nasib baik la call dia  satu hari 20x pon xkene bayar. Dia saja family yg aku ada. Dia saja tempat aku mengadu susah senang hati aku. Aku jarang bercakap tentang perkara yg sedih dgn dia, selalunya kitorang akan bercerita tentang hal dulu2. Ketawa terbahak-bahak dan berkongsi ilmu yg kami tahu. Tak siapa yg akan faham. Ada org beranggapan bila bergayut je bercerita buruk2 tentang manusia lain. Aku pun buat benda mcm tu, aku bukan malaikat. Tapi itu bkn perkara lazim bg aku sekarang. Buang masa nak fikir hal org. Buang masa nak cakap benda yg menyakitkan hati.

Kesunyian aku buatkan aku rasa nak melompat-lompat, nak muntah dan bosan dgn semua benda dan semua org. Keadaan sekelililing yg tak terkawal, beban kerja yg memeningkan dan sampaikan ada masa aku rasa muak dgn makanan yg aku hadap. Astaghfirullah... Mengucap panjang aku bila perasaan mcm tu datang. Aku ajar diri aku supaya berbaik sangka. Tapi aku tak pandai berpura-pura. Aku tak boleh... Sgt2 tak boleh!

Bila waktu2 down mcm ni dtg, aku menangis. Mengadu pada biro pengaduan awam aku yg tak tahu menahu tentang apa yg berlaku sebenarnya. Biarlah, asalkan ada yg sudi menjadi pendengar setia. Dan lawaknya, semua tu akan berakhir dgn gelak tawa. Dia pandai menghiburkan. Dia pandai mengambil hati. Alangkah baiknya klu aku boleh buat mcm dia. Alangkah baiknya...

Aku tak boleh betulkan hati aku lagi. Lepas 3x perkara salah sangka itu berlaku, aku dah tak boleh utk menerima. Tk boleh utk bertolak ansur. Aku juga manusia biasa, aku juga ada silap dan salah. Tp bila persoalan yg hanya Allah saja yg tahu, dipertikaikan manusia yg tak bertimbangrasa dan tuduhan2 yg keterlaluan... Aku berhenti mengharap. Berhenti dr menganggap org akan menerima aku seadanya. Aku halang hati aku dr berlebih-lebih. Cukuplah setakat ini. Cukuplah aku meluka dan dilukakan. Sampai masanya nanti, aku akan berlalu. Cuma menanti masa yg sesuai... Dan aku berharap semuanya akan selesai dgn baik.

Ya Allah, permudahkanlah segalanya bagi hambamu ini... Amin.

Saturday, 19 January 2013

Aduhai...

Kadangkala yang berlaku, diluar kemampuan dan kawalan aku. Tak ada siapa yang faham. Cakap atau buat lah apapun. Jari itu tetap menuding pada aku. Alhamdulillah... Ini hari aku. Ingatlah, bumi ini bulat, hidup ibarat roda. Semoga semua yang keruh akan jernih, semoga yg kusut akan terurai. Ill forgive but never forget! Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

Sunday, 23 December 2012

Im awake!

Dah lama sgt aku tak berblog. Entah kenapa aku agak malas nk menulis. Lappy aku pengsan sebentar sbb aku gatal tgn tukar-tukar registrynya. Nak kena hantar ke dokter. Ni pun tulis guna iPad. Susah sikit la. Tapi Alhamdulillah ada jgk benda ni utk bertenet.

Selama aku tak menulis, banyak perkara yg berlaku. Banyak resepi yg aku cuba dan banyak benda yg aku cakap. Sekarang ni aku tengah baca buku yg tajuknya pelik bg aku klu org dgr. 'How to raise your toddler' . Haa.. Kan pelik tu.. Aku dapat buku tu dr Eason dgn harga €4.99. Murah kan? Aku nk tahu tentang dunia anak-anak ni. Banyak ilmu yg aku dpt setakat ni. Belum khatam lg. Dolu2 takde masalah mcm ni. Anak-anak jagaan aku Alhamdulillah, tidurnya, makan minumnya, kelakuannya tak membebankan aku. Sekarang berbeza. Aku perlu ilmu yg lebih utk menangani masalah2 yg ada. Semoga aku dapat buat yg terbaik berpandukan pengalaman dan buku2 juga nasihat dr org yg lebih arif tentang dunia toddler ni.

Masa aku tulis ni, aku duk dlm duvet. Sejuk cuaca sekarang. Tp siang td matahari cerah sgt wlupon berangin. Semoga semua berjalan dgn baik. Aku rindu suasana ditengah2 family dan kawan rapat. Sabo... ;)